Pages

Friday, January 21, 2011

Tips To Impress Women

                                     
 

Hola guys! Harini aku nak kongsi beberapa tips untuk menarik perhatian wanita terutama kepada lelaki-lelaki yang masih single di luar sana tu..hehe. ;p Aku tau ramai lelaki tak tau cara yang terbaik untuk menarik perhatian wanita kan??Sebenarnya bukan susah pun..wanita kebanyakannya menilai daripada first impression mereka. Oleh itu kepada lelaki-lelaki di luar sana jagala penampilan kamu ketika pertama kali kamu ajak seorang wanita keluar date..hehe. Nak tau tips-tips nye??Jom kita baca. ^_^

  1. Yakin Diri (Confident)
  • Ini merupakan langkah yang paling penting! Kalau korang sendiri takde keyakinan diri macam mana nak impress wanita kan??Lelaki yang terlalu rendah diri selalunya tidak menarik minat wanita kerana dianggap tidak mempunyai karisma dan leadership. Ingat tu!
    2.    Jangan Sombong!
  • Wanita sangat benci lelaki yang sombong, bangga diri and perasan bagus! Seriously takkan korang rasa dalam dunia ni korang la lelaki idaman kot??Banyak lagi lelaki lain yang lebih hebat dari korang. Takkan la tiap-tiap kali korang bercerita asyik korang jer yang jadi hero cerita korang tu. Tak pun asyik puji diri sendiri je. Tobat la semua wanita tak suka korang kan?? Lagipun bila lelaki buat perangai macam ni wanita menganggap lelaki tersebut sebagai seorang yang insecure and desperate! So, daripada korang dok sibuk puji diri sendiri melambung-lambung lagi baikla korang cerita benda-benda lawak yang pernah terjadi dalam hidup korang. Confirm wanita suka. Sense of humor is important guys! =)
     3.   Jangan sesekali membebel or mengeluh.
  • Ade jugak ek lelaki yang suka membebel and mengeluh?? Ish2..korang tau tak wanita sangat tidak suka dapat lelaki yang kuat membebel! Itu tak kena ini tak kena. Kira semua benda tak kenala! Kalah orang perempuan pulak bebel nya..Adoi.Lelaki membebel ni tak macho. Sikap ini menunjukkan bahawa anda seorang lelaki yang cepat mengalah dalam kehidupan. Sebagai lelaki anda kena kuat! Bukan la tak boleh complain tapi jangan membebel. Itu je.

      4.  Puji Dirinya
  • Tapi pastikan korang puji selain daripada penampilannya! Yela kalau setakat puji penampilan dah lali la wanita dengar. Nama pun wanita so dah memang selalu dengar ayat macam awak cantikla, kulit awak cantikla..Ala, macamla dia tak tau semua tu. Adoii..Sebaliknya cuba korang perhati tingkah laku dia betul-betul and pujila yang berkaitan. Contoh kalau dia buat korang gelak terbahak-bahak dengan cerita dia pujila yang dia tu pandai buat lawak. Tapi puji bagi ikhlas. Jangan hanya sebab nak tarik perhatian die je. Wanita tau menilai sama ada pujian itu ikhlas atau tidak. 
      5.  Buat dia ketawa/senyum.
  • Wanita perlu rasa selesa disamping seorang lelaki sebelum dia membuka pintu hatinya untuk korang lebih rapat. Kalau korang ni rajin buat lawak, ceriakan hari dia dah tentu dia akan rasa selesa dengan korang. Tapi janganla buat lawak bodoh pulak. Bagi la relevan sikit. Lawak bodoh kang wanita anggap korang ni low IQ pulak. Tak ke malu?

Ha, itu jela serba sikit tips-tips mudah sebagai langkah pertama bagi korang yang bergelar lelaki untuk menarik perhatian seorang wanita. Bukan susah pun kan??So, aku harap semua yang masih single reflect balik diri korang betulkan di mana kekurangan korang and cuba lah tip-tips kat atas tu. Mana tau berkesan ke kan?? hehe. ;p

So, see ya! XOXO. ^_^

*sumber adaptasi daripada menshealth.com
*all pictures credit to Google.com

6 comments:

SayaAnonymous said...

terima kasih ye di atas tips tu semua..hehe..tapi anon da berpunya..tak leh apply dah..huhu

Anonymous said...

Man mesti make the first move(mulakan bicara).
klu x dikatakan sombong.
btl ke?

muslim said...

kalu pempuan yang ngrat laki...mcm ne ye??ada tips x nk taw

Bella said...

@saya anonymous: ye sama2..hehe.kalau dah berpunya simpan jela tips-tips tu..kalau diamalkan karang gado pulak..huhu. ;p

Bella said...

@anonymous: tak juga..1st move is to talk. Dari situ dah boleh nilai sejauh mana kamu confident.Bercakap pun dah dikira 1st move tau?? =)

Bella said...

@muslim: ha, yg tu nak kena buat research dulu..baru bleh jwb..hehe. ;p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...