Pages

Monday, January 24, 2011

Jiwa Wanita = Sensitif!

Harini aku sedih..aku tak tau kenapa tapi aku sedih..Aku sangat sensitif..hmm. So, disebabkan aku sedih harini aku nak cerita tentang wanita je..fahamilah hati dan jiwa wanita yang sensitif wahai lelaki..


Aku tak taula korang macam mana kan tapi aku kalau aku cakap aku cintakan seorang lelaki maka aku hanya cintakan dia seorang. Tiada yang lain selain dia..So aku nak kongsikan sikit beberapa sifat wanita yang sama spesis dengan aku..(chewah ni konon-konon geng setia la ni! ahak ;p)

Senyumannya

  • Dia hanya bagi senyuman yang paling istimewa untuk kamu. Hanya kamu yang pernah melihat dia senyum sebegitu. Berseri-seri wajahnya menyatakan bahawa dia sangat cintakan kamu. Senyuman itu sangat mahal harganya. Bukan senang orang lain nak tengok dia senyum macam tu. Bertuahnya kamu wahai lelaki!
  • Jika dia pergi kamu pasti takkan melihat senyuman seindah itu untuk kamu lagi walaupun kamu mungkin menjadi kawannya lagi. Jangan harap!
Lirikan matanya
  • Lelaki jarang faham body language seorang wanita. Kalau kamu betul-betul kenal si dia kamu akan tahu betapa cintanya dia dengan hanya melihat lirikan matanya terhadap kamu. Manja! Hanya kamu jer yang boleh tengok lirikan manja macam tu..Untung lagi..ish2. Kadang-kadang mata berbicara jauh lebih banyak jujurnya dari mulut berbicara..
  • Tapi lelaki selalu membuat mata wanita mengalirkan air mata kerana perbuatan mereka..Ketahuilah bahawa kamu takkan pernah bisa membayar balik setiap titisan itu walau apa jua yang kamu lakukan..
Bibirnya
  • Bibirnya manis dan mungkin kadang-kadang boleh menjadi berbisa akibat rasa sakit hati dari tindakan kamu wahai lelaki..
  • Tetapi bagi wanita yang baik mungkin bibirnya mengukir senyuman paksa kerana mengalah demi cintanya pada kamu..
Telinganya
  •  Telinga wanita selalu terpaksa menahan segala makian,cacian dan amarah lelaki..Lelaki boleh melepaskan segalanya dan kemudian menganggap perkara itu sudah berlalu tapi wanita sangat susah untuk melupakan apa yg didengar. Tolongla lelaki jaga bahasa kamu bila bercakap dengan wanita.
Hati kami sangat sensitif dan mudah terguris.. Aku tau entry ni agak suram bunyinya tapi itulah apa yg aku rasakan waktu ini..

*All pictures credit to Google.com

8 comments:

Wan Gerrard said...

orait, thanks info..
Gerrard akan cuba jaga hati semua gadis2 yang Gerrard kenal :P

Bella said...

wah gitu!hahaha..ramai calon la ni ek??tak baik tau salah guna info..huhu

princeduyong said...

persona wanita... ;)

Bella said...

@princeduyong: yup pesona wanita sangat indah..=)

amie said...

memang gadis sangat sensitip hatinya..salah ckp sikit kadang mungkin cepat terasa ni..

Bella said...

biasala..nama pun perempuan rapuh hatinya..=)

hanah said...

wow. this is very touching. hanah faham sebb semua yg dicatat diatas benar dan hanah pernah alami every one of it. its painful.. too bad though !

Bella said...

yup..its really painful..too bad indeed..=(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...