Pages

Saturday, January 15, 2011

12 M To Stop Smoking!

Holla guys! Semalam dalam entry Anda Kuat Merokok Tak? aku ada cakap yang aku nak bagi tips untuk berhenti merokok dalam my next entry kan??So, ni la tips-tips nya atau lebih dikenali sebagai 12 M tips..Walaupun korang tak yakin tapi cuba la dulu. Mana tau menjadi ke untuk korang yang merupakan perokok-perokok tegar kat luar sana tu. Belum cuba belum tahu kan?? So, give it a try ok?? ^_^


Tip Berhenti Merokok 12 M :

1. Melengah-lengahkan
  • Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar.
2. Menarik nafas panjang
  • Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan.
3. Minum air
  • Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein.
4. Menyibukkan diri
  • Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok.
5. Menjauhkan diri
  • Jauhkan diri daripada orang yang merokok.
6. Mengelakkan diri
  • Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok.
7. Mengunyah sesuatu
  • Seperti gula-gula getah dan memakan buah-buahan. Elakkan sesuatu yang manis.
8. Membasuh tangan selalu
9. Mandi dengan kerap
10. Meregangkan otot
  • Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk.
11. Meditasi
12. Memohon doa
  • Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha untuk berhento merokok.
* Tips credit to smartconsumer.my

Ha, senang je kan tips-tips nya?? Bukan susah pun nak buat. Senang gile kot! Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. So, terpulang kepada korangla nak buat atau tak kan??Aku tau memang susah untuk berhenti especially kalau korang dikelilingi orang-orang yang merokok especially kawan-kawan korang kan sebab aku dah tengok abah aku and adik aku try untuk berhenti tapi hanya bersifat sementara...tapi takpela at least dorang ada jugak inisiatif untuk mencuba kan?? =)

So, itu je untuk entry kali ni and selamat mencuba! ^_^

See ya! XOXO. =)


2 comments:

Milfy said...

aku geram dengan bau hahaha.. sekarang tengah nak stop.. rokok tak jadi dugaan sangat.. bila tak kene rokok aku takde idea nak menulis.. tu yang aku tengah risau.. huhuhu..

Bella said...

hehe..biasela tu.lain orang lain dugaan..takpe tak payahla stop terus..cuma kurangkan sedikit demi sedikit..lama2 okla tu. ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...