Pages

Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Friday, February 4, 2011

Khasiat Buah-Buahan Tempatan


Harini kita cerita tentang buah-buahan pulak. Buah-buahan tempatan kita banyak khasiatnya tau kalau korang nak tau. Aku ni sangat suka makan buah-buahan sebab aku tak suka makan sayur..hehe. ;p So, jom aku cerita apa khasiat beberapa buah-buahan tempatan kita.



Tembikai
  • Ni buah kegemaran aku. Khasiatnya seperti boleh sembuhkan sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit.
  • Selain itu jus tembikai juga boleh membantu menyembuhkan penyakit artritis, gout serta keracunan makanan sebab jus tembikai berupaya menghapuskan toksid dalam tubuh.



Betik
  • Buah kegemaran aku jugak ni..hehe. Khasiat buah ni yang paling utama adalah menghilangkan masalah sembelit sebab kaya dengan Vitamin C.
  • Selain itu, betik juga digunakan untuk merawat tumit pecah. Caranya adalah dengan mengambil getah betik muda dan menyapunya pada tumit kaki yang pecah-pecah.
  • Pucuk betik pula boleh digunakan untuk mengubati penyakit darah tinggi.


Belimbing
  • Belimbing boleh digunakan untuk merawat kencing manis kerana dapat menurunkan paras gula dalam darah.
  • Selain itu, belimbing juga boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi dan radang gusi.



Mangga
  • Mangga digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah penyahidratan dalam tubuh.
  • Selain itu, mangga juga boleh menyembuhkan penyakit Hernia. Hernia atau burut adalah sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak.
  • Jika ulu hati terasa pedih sakit setiap kali selepas makan, boleh dirawat dengan mengamalkan pengambilan jus mangga. 
  • Memandangkan jus mangga mempunyai kandungan gula yang tinggi, ia kurang sesuai untuk mereka yang mengalami penyakit diabetis, hipoglisemia dan kandidiasis atau jangkitan kulat.



Pisang
  • Getah pisang merupakan ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka. Dengan menyapukan getah pisang pada luka, darah akan berhenti mengalir dan lukanya akan cepat kering. 
  • Kudis pula boleh dirawat dengan mudah menggunakan kulit pisang.
  • Selain itu, pisang juga digunakan untuk mengatasi masalah sembelit, ulser dan penyakit gastritis atau radang perut.


Banyak kan khasiat buah-buahan tempatan kita?? So, sekiranya ada ahli keluarga korang menghidap penyakit-penyakit yang dinyatakan di atas cubalah banyakkan makan buah-buahan yang dinyatakan. Mana tau berkesan ke..Insyaallah. 

Itu jela yang aku nak kongsikan untuk entry kali ni..Selamat membaca! =)


*Sumber adaptasi daripada persatuan pengguna upsi.

Love,

Friday, January 21, 2011

Tips To Impress Women

                                     
 

Hola guys! Harini aku nak kongsi beberapa tips untuk menarik perhatian wanita terutama kepada lelaki-lelaki yang masih single di luar sana tu..hehe. ;p Aku tau ramai lelaki tak tau cara yang terbaik untuk menarik perhatian wanita kan??Sebenarnya bukan susah pun..wanita kebanyakannya menilai daripada first impression mereka. Oleh itu kepada lelaki-lelaki di luar sana jagala penampilan kamu ketika pertama kali kamu ajak seorang wanita keluar date..hehe. Nak tau tips-tips nye??Jom kita baca. ^_^

  1. Yakin Diri (Confident)
  • Ini merupakan langkah yang paling penting! Kalau korang sendiri takde keyakinan diri macam mana nak impress wanita kan??Lelaki yang terlalu rendah diri selalunya tidak menarik minat wanita kerana dianggap tidak mempunyai karisma dan leadership. Ingat tu!
    2.    Jangan Sombong!
  • Wanita sangat benci lelaki yang sombong, bangga diri and perasan bagus! Seriously takkan korang rasa dalam dunia ni korang la lelaki idaman kot??Banyak lagi lelaki lain yang lebih hebat dari korang. Takkan la tiap-tiap kali korang bercerita asyik korang jer yang jadi hero cerita korang tu. Tak pun asyik puji diri sendiri je. Tobat la semua wanita tak suka korang kan?? Lagipun bila lelaki buat perangai macam ni wanita menganggap lelaki tersebut sebagai seorang yang insecure and desperate! So, daripada korang dok sibuk puji diri sendiri melambung-lambung lagi baikla korang cerita benda-benda lawak yang pernah terjadi dalam hidup korang. Confirm wanita suka. Sense of humor is important guys! =)
     3.   Jangan sesekali membebel or mengeluh.
  • Ade jugak ek lelaki yang suka membebel and mengeluh?? Ish2..korang tau tak wanita sangat tidak suka dapat lelaki yang kuat membebel! Itu tak kena ini tak kena. Kira semua benda tak kenala! Kalah orang perempuan pulak bebel nya..Adoi.Lelaki membebel ni tak macho. Sikap ini menunjukkan bahawa anda seorang lelaki yang cepat mengalah dalam kehidupan. Sebagai lelaki anda kena kuat! Bukan la tak boleh complain tapi jangan membebel. Itu je.

      4.  Puji Dirinya
  • Tapi pastikan korang puji selain daripada penampilannya! Yela kalau setakat puji penampilan dah lali la wanita dengar. Nama pun wanita so dah memang selalu dengar ayat macam awak cantikla, kulit awak cantikla..Ala, macamla dia tak tau semua tu. Adoii..Sebaliknya cuba korang perhati tingkah laku dia betul-betul and pujila yang berkaitan. Contoh kalau dia buat korang gelak terbahak-bahak dengan cerita dia pujila yang dia tu pandai buat lawak. Tapi puji bagi ikhlas. Jangan hanya sebab nak tarik perhatian die je. Wanita tau menilai sama ada pujian itu ikhlas atau tidak. 
      5.  Buat dia ketawa/senyum.
  • Wanita perlu rasa selesa disamping seorang lelaki sebelum dia membuka pintu hatinya untuk korang lebih rapat. Kalau korang ni rajin buat lawak, ceriakan hari dia dah tentu dia akan rasa selesa dengan korang. Tapi janganla buat lawak bodoh pulak. Bagi la relevan sikit. Lawak bodoh kang wanita anggap korang ni low IQ pulak. Tak ke malu?

Ha, itu jela serba sikit tips-tips mudah sebagai langkah pertama bagi korang yang bergelar lelaki untuk menarik perhatian seorang wanita. Bukan susah pun kan??So, aku harap semua yang masih single reflect balik diri korang betulkan di mana kekurangan korang and cuba lah tip-tips kat atas tu. Mana tau berkesan ke kan?? hehe. ;p

So, see ya! XOXO. ^_^

*sumber adaptasi daripada menshealth.com
*all pictures credit to Google.com

Saturday, January 15, 2011

Kelly Osbourne: Weight Lost!

Holla guys! Aku dah banyak kali dengar pasal Kelly Osbourne yang dah kurus ni tapi tak pernah pulak aku nak cari gambar die kurus kan..hehe. Sebab sepanjang yang aku tau Kelly ni montel and chubby  but still cute to me..hehe. Tapi last few weeks time aku pergi MPH aku ternampak gambar Kelly Osbourne berbikini! OMG! Seriously aku terkesima sebentar..Kelly Osbourne in bikini??Wow! Memang die dah kurusla..cantik plak tu..Jelesnya aku si chubby Kelly dah kurus..huhu. Ha, kalau korang nak tengok gambar die berbikini korang boleh beli SHAPE Magazine or just baca online je kat SHAPE ni.

Before

After

Hot giler kan??Serious aku tabik springla dekat Kelly ni sebab die berjaya kuruskan badan die. Memang kesedaran and usaha tu yang paling penting kalau nak kurus (terutama untuk orang montel macam aku ni!).hehe. ;p Tapi dia bukan dapat badan macam ni dalam sekelip mata. Banyak senaman yang dia buat and jaga pemakanan die jugak tapi tak la terlalu strict dia kata. Dia mengamalkan diet high protein and low carb. 

The best part bila aku baca pasal die ni dia cakap masa awal-awal nak kurus dulu dia cam nak give up la jugak sebab penat and susah. Sampaikan dia cakap dulu dia nak buat sit up sekali dua pun susah. Penat. Tapi sekarang tiap-tiap kali dia bangun pagi die buat sit up 100 kali! Few..sure abdomen aku sakit teruk kalau 100. Aku takat 30 je yang aku larat buat sekarang..hahaha. ;p (takpe slow-slow).



Lepas tu bila lari atas treadmill mula-mula dia buat dulu dia boleh bertahan tak sampai 10 minit pun tapi sekarang dah 30 minit non-stop. Bagus betul la Kelly ni. Dia memang berusaha betul-betul. Aku patut contohi dia kalu nak kurus..haha.Tapi kadang-kadang aku ni hangat-hangat tahi ayam je..Tu la masalah paling besar! Adoi..

Walaupun Kelly ni dulu banyak masalah dadah and sebagainya tapi sekarang dia dah jauh berbeza. Kehidupan die lebih teratur and happy je. I loooike! ^_^ So, congratulations to you Kelly Osbourne!
Aku akan jadikan die sebagai inspirasi aku untuk kurus..dah gemuk sangat sekarang ni..nak buat ape pun cepat letih..boring betul! Chaiyok-chaiyok nabila! ^_^



So, that's it for this entry. Kalau nak tau cerita selebihnya dan cara-cara Kelly Osbourne senaman dapatkan majalah SHAPE sekarang!

*All pictures credit to Google.com

See ya! XOXO. =)






12 M To Stop Smoking!

Holla guys! Semalam dalam entry Anda Kuat Merokok Tak? aku ada cakap yang aku nak bagi tips untuk berhenti merokok dalam my next entry kan??So, ni la tips-tips nya atau lebih dikenali sebagai 12 M tips..Walaupun korang tak yakin tapi cuba la dulu. Mana tau menjadi ke untuk korang yang merupakan perokok-perokok tegar kat luar sana tu. Belum cuba belum tahu kan?? So, give it a try ok?? ^_^


Tip Berhenti Merokok 12 M :

1. Melengah-lengahkan
  • Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar.
2. Menarik nafas panjang
  • Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan.
3. Minum air
  • Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein.
4. Menyibukkan diri
  • Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok.
5. Menjauhkan diri
  • Jauhkan diri daripada orang yang merokok.
6. Mengelakkan diri
  • Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok.
7. Mengunyah sesuatu
  • Seperti gula-gula getah dan memakan buah-buahan. Elakkan sesuatu yang manis.
8. Membasuh tangan selalu
9. Mandi dengan kerap
10. Meregangkan otot
  • Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk.
11. Meditasi
12. Memohon doa
  • Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha untuk berhento merokok.
* Tips credit to smartconsumer.my

Ha, senang je kan tips-tips nya?? Bukan susah pun nak buat. Senang gile kot! Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. So, terpulang kepada korangla nak buat atau tak kan??Aku tau memang susah untuk berhenti especially kalau korang dikelilingi orang-orang yang merokok especially kawan-kawan korang kan sebab aku dah tengok abah aku and adik aku try untuk berhenti tapi hanya bersifat sementara...tapi takpela at least dorang ada jugak inisiatif untuk mencuba kan?? =)

So, itu je untuk entry kali ni and selamat mencuba! ^_^

See ya! XOXO. =)


Friday, January 14, 2011

Anda Kuat Merokok Tak??


Holla guys! Ha, hari ni kita bercerita pasal merokok pulak..Ala, semua orang pun tau yang merokok tu membahayakan kesihatan tapi masih ramai lagi rakyat Malaysia yang menjadi perokok tegar. Contohnya abah aku, adik aku and Mr. M aku..mereka-mereka ini memang perokok tegar. Senang citer tak boleh hidupla tanpa rokok tu! hmm. Dah berbuih mulut aku ni membebel tapi sorang pun tak dengar..hehe. Buat habis air liur aku je..adoi.



Harini aku nak ajak korang semua buat test ni untuk tengok sama ada korang ni mengalami ketagihan merokok atau tak. Jom test!

1. Berapa lama anda menghisap rokok yang pertama selepas anda bangun dari tidur?
  • Dalam masa 5 minit (3 mata)
  • 5 hingga 30 minit (2 mata)
  • 31 hingga 60 minit (1 mata)
  • Selepas 60 minit (0 mata))
2. Adakah anda merasa sukar untuk tidak merokok di tempat larangan merokok seperti di gereja, sekolah, panggung wayang, perputakaan, dalam bas, di mahkamah atau di hospital?
  • Ya ( 1 mata)
  • Tidak ( 0 mata)
3. Waktu merokok manakah yang paling anda benci untuk berhenti, waktu merokok manakah yang anda hargai?
  • Yang pertama di pagi hari ( 1 mata )
  • Sebarang masa ( 0 mata )
4. Berapa batang rokok anda hisap setiap hari?
  • 10 atau kurang ( 0 mata )
  • 11 hingga 20 ( 1 mata )
  • 21 hingga 30 ( 2 mata
  • 31 atau lebih ( 3 mata)
5. Adakah anda merokok lebih banyak dalam beberapa jam pertama selepas bangun tidur berbanding dengan waktu lain pada hari tersebut?
  • Ya ( 1 mata )
  • Tidak ( 0 mata
6. 6. Adakah anda masih merokok walaupun sakit dan berada di atas katil sepanjang hari, atau semasa mendapat selsema dan sukar untuk bernafas?
  • Ya ( 1 mata )
  • Tidak ( 0 mata )
Pemarkahan:
  • 7 hingga 10 mata = sangat bergantung
  • 4 hingga 6 mata = sederhana
  • Kurang dari 4 mata= minima
Modified Fagerstrom test for evaluating intensity of physical dependence on nicotine. Adapted permission from Heatherton TF, Kozlowski LT, Frecker RC, Fagerstrom KO. The Fagerstrom test for nicotine dependence: a revision of the Fagerstrom Tolerance Questionnaire. Br J Addict 1991;86:1119-27.


Dah jawab?? So ape status korang??Ketagih atau tidak?? Aku ni sebenarnya tak kisah sangat kalau korang nak merokok atau tak sebab aku memang di kelilingi oleh mereka-mereka yang memang kuat merokok. Kiranya aku la yang akan mati dulu sebelum dorang sebab aku yang dok hidu bau asap rokok dorang..adehh. >_<

Tapi bagi aku kalau boleh janganla sampai ketagih sangat merokok. Cubala kurangkan sikit merokok ni..Kalau korang tak kesian kat diri korang kesianla kat orang-orang di sekeliling korang tu..dok hidu asap rokok korang..Dorang yang mati dulu..BAHAYA tau tak??! Aku tau bukan senang nak berhenti merokok tapi at least try dulu ok??

Nak tau cara-cara berhenti merokok?? Nantikan dalam entry aku yang seterusnya! ^_^

"KATAKAN TAK NAK KEPADA ROKOK"  =)

*All pictures credit to Google.com
*Ujian Modifikasi Fagerstrom credit to smartconsumer.my


See ya! XOXO  ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...