Pages

Friday, January 14, 2011

Anda Kuat Merokok Tak??


Holla guys! Ha, hari ni kita bercerita pasal merokok pulak..Ala, semua orang pun tau yang merokok tu membahayakan kesihatan tapi masih ramai lagi rakyat Malaysia yang menjadi perokok tegar. Contohnya abah aku, adik aku and Mr. M aku..mereka-mereka ini memang perokok tegar. Senang citer tak boleh hidupla tanpa rokok tu! hmm. Dah berbuih mulut aku ni membebel tapi sorang pun tak dengar..hehe. Buat habis air liur aku je..adoi.



Harini aku nak ajak korang semua buat test ni untuk tengok sama ada korang ni mengalami ketagihan merokok atau tak. Jom test!

1. Berapa lama anda menghisap rokok yang pertama selepas anda bangun dari tidur?
  • Dalam masa 5 minit (3 mata)
  • 5 hingga 30 minit (2 mata)
  • 31 hingga 60 minit (1 mata)
  • Selepas 60 minit (0 mata))
2. Adakah anda merasa sukar untuk tidak merokok di tempat larangan merokok seperti di gereja, sekolah, panggung wayang, perputakaan, dalam bas, di mahkamah atau di hospital?
  • Ya ( 1 mata)
  • Tidak ( 0 mata)
3. Waktu merokok manakah yang paling anda benci untuk berhenti, waktu merokok manakah yang anda hargai?
  • Yang pertama di pagi hari ( 1 mata )
  • Sebarang masa ( 0 mata )
4. Berapa batang rokok anda hisap setiap hari?
  • 10 atau kurang ( 0 mata )
  • 11 hingga 20 ( 1 mata )
  • 21 hingga 30 ( 2 mata
  • 31 atau lebih ( 3 mata)
5. Adakah anda merokok lebih banyak dalam beberapa jam pertama selepas bangun tidur berbanding dengan waktu lain pada hari tersebut?
  • Ya ( 1 mata )
  • Tidak ( 0 mata
6. 6. Adakah anda masih merokok walaupun sakit dan berada di atas katil sepanjang hari, atau semasa mendapat selsema dan sukar untuk bernafas?
  • Ya ( 1 mata )
  • Tidak ( 0 mata )
Pemarkahan:
  • 7 hingga 10 mata = sangat bergantung
  • 4 hingga 6 mata = sederhana
  • Kurang dari 4 mata= minima
Modified Fagerstrom test for evaluating intensity of physical dependence on nicotine. Adapted permission from Heatherton TF, Kozlowski LT, Frecker RC, Fagerstrom KO. The Fagerstrom test for nicotine dependence: a revision of the Fagerstrom Tolerance Questionnaire. Br J Addict 1991;86:1119-27.


Dah jawab?? So ape status korang??Ketagih atau tidak?? Aku ni sebenarnya tak kisah sangat kalau korang nak merokok atau tak sebab aku memang di kelilingi oleh mereka-mereka yang memang kuat merokok. Kiranya aku la yang akan mati dulu sebelum dorang sebab aku yang dok hidu bau asap rokok dorang..adehh. >_<

Tapi bagi aku kalau boleh janganla sampai ketagih sangat merokok. Cubala kurangkan sikit merokok ni..Kalau korang tak kesian kat diri korang kesianla kat orang-orang di sekeliling korang tu..dok hidu asap rokok korang..Dorang yang mati dulu..BAHAYA tau tak??! Aku tau bukan senang nak berhenti merokok tapi at least try dulu ok??

Nak tau cara-cara berhenti merokok?? Nantikan dalam entry aku yang seterusnya! ^_^

"KATAKAN TAK NAK KEPADA ROKOK"  =)

*All pictures credit to Google.com
*Ujian Modifikasi Fagerstrom credit to smartconsumer.my


See ya! XOXO  ^_^

4 comments:

! Sam Posmen ! said...

kalau nama pon seorang perokok memang dia ketagih la. sama ada yang suka-suka atau tabiat, itu tidak penting. kalau tak, takkan dia merokok.

http://samposmen.blogspot.com/2011/01/merokok-cool.html

Bella said...

sapa kata sama??suka-suka dengan ketagih mana sama.bpe byk dia hsp sehari pun dah berbeza antara ketagih ngan suka-suka..apa daa. =_=

nisa fadzil said...

bf aku perokok tegar. macam nak siram ja rokok dia dengan ayaq sirap grr

Bella said...

hahaha..samala kita..tp nk buat cmna bkn sng nk berhenti..=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...