Holla guys!! Sekarang ni tengah hujan kat rumah aku ni..Hujan lebat yang teramat sangat..so aku pun tak taula nak buat ape kan..Ye aku tau ramai yang akan tidur bila dapat peluang cam ni tapi aku tak rasa mengantuk la plak petang ni..so tulis blog lagila jawabnyer..hehe. ;p Kali ni tentang ragam pelajar UM (aku la tuh!) hehe dengan PTPTN.
Alkisah cerita bermula macam ni..Biasala sebagai pelajar IPTA kebanyakan kami pakai PTPTN tapi mungkin tak semua kan??Tapi tak kisahla. Ini cerita untuk orang-orang yang pakai PTPTN..hehe. Selalunya bila start sem baru duit kami akan masuk lepas seminggu atau paling lewat pun lepas 2 minggu kami masuk belajar. Tapi tup-tup sem ni UM cakap masuk hujung bulan Januari! Ape lagi menggelabah la budak-budak UM (termasukla aku!) hee..^_^ Alasan mereka masalah teknikal..Tak percaya?? Baca ni.
Ha, mula-mula ramai ingat rumors je benda ni tapi memandangkan UM dah bawa keluar surat rasmi maknanya betol la tu..huhu. Adoi..alangkah sedihnya jiwa dan ragaku..Aku ni dah tahap sengkek gila babas dahni..Takkan nak mintak elaun FAMA (father and mother yer..hehe) lagi kot??Dah tua bangka kot..ish2. Malu owh! Terpaksalah aku berjimat cermat nampak gayanya..hmm. Nampak gaya sardin and ikan bilis jela tiap-tiap hari aku makan. Okla tu kan daripada meggi..hahahaha. DEMAND! ;p
Aku dah mula perasan telah wujud satu trend di kalangan kawan-kawan aku (termasukla aku) sebelum dapat PTPTN, semasa dan selepas..hehe.Ha, nak tau?? Meh sini aku cerita.
SEBELUM DAPAT PTPTN:
- Muka masing-masing cam capati basi jer..monyok memanjang. Maklumla tak de duit nak makan, nak enjoy kan..hehe.
- Mengidam macam-macam! Ha, time ni la nak teringin makan itu ini, baru teringat nak beli kasut baru la, baju baru la, tudung la, alat mekapla..Pendek cerita semua benda teringin nak beli time-time takde duit ni la..haha.
- Duduk diam-diam kat rumah or bilik masing-masing kat kolej. Yela dah tak de duit nak pergi jalan-jalan macam mana?? Nak makan pun tak lepas tengok wayang or bowling lagila takleh kan??hehe.
- Hobi baru dicipta iaitu: tidur dan mengeluh..haha. ;p
SEMASA DAPAT PTPTN:
- Wah muka masing-masing berseri-seri jer! Lobang hidung kembang-kempis, kembang-kempis sentiasa! Maklumla dah jadi orang kaya baru! haha.
- Plan macam-macam ni. Nak pergi sana-sini, nak makan itu ini, nak beli itu ini. Dengan secara tiba-tiba semua benda kena beli baru. Dan-dan je yang lama tu tengok ade je tak kena kan?? Eleh, alasan je nak beli baru la tu! hehe.
- Tak pernah lekat kat rumah! Maklumla busy pergi sana sini..duit banyak katakan..^_^
- Hobi baru: ponteng kelas! yela dah book flight pergi bercuti kenala ponteng kelas kan??hehe
SELEPAS HABIS PTPTN:
- Muka kembali tegang..
- Rajin pergi kelas..exam dah dekat kan??haha. (yelatu!)
- Makanan harian adalah meggi atau pun nasi ngan telur mata je..haha ;p
- Kembali duduk diam-diam dalam bilik masing-masing buat hal sendiri..hahaha.
Ha, begitulah alkisahnya pelajar-pelajar UM sekarang ni bila duit PTPTN tak masuk-masuk lagi..adoiiii! Jiwa kacau dan-dan! hehe. ;p So, kepada semua pelajar UM diharapkan anda dapat bersabar ye menunggu 25 Januari nanti..hehe.Apepun, aku harap bila duit masuk nanti janganla boros sangat berbelanja. Berjimat cermatla sikit ok?? (ni peringatan untuk diri sendiri gak ni! hehe). Tu jela entry aku kali ni. Enjoy reading! ^_^
See ya! XOXO =)
*All pictures credit to Google.com
2 comments:
bleh x kalau kita ckap; SAYA CINTA PTPTN.. hehe
@konco bloggy: boleh aje! saya pun cinta ptptn! hahaha. ;p
Post a Comment