Pages

Sunday, January 30, 2011

Pencarian Blog Paling Ringan, Ideal Dan Berat 2011

Holla guys! Ha, harini aku perasan yang aku dah di tag oleh En.Musz untuk satu contest di alam blogger ni..Nak tau ape contest nye??Meh sini aku cerita..Abang Luncai kita nak cari blog siapa yang paling ringan, ideal or berat..hehe. ;p


Aku saje la join contest ni nak bagi meriah lagi kan..hehe. ^_^ Ok bagi aku aku rasa blog aku ni ideal kot sebab bila aku on nak kata loading lambat giler pun tak jugak..nak kata loading cepat sangat pun tak jugak..so aku rasa blog aku ni ideal laa..haha. Tapi aku tak taula ape pendapat korang kan..hehe.

Ni blogger-blogger yang aku tag kan:







So, kepada blogger-blogger di Malaysia ni mehla kita ramai-ramai join contest ni bagi memeriahkan suasana. Oh ye sebelum terlupa, tarikh tutup contest ni 31 Januari 2011 / 11.59 p.m.hehe. ;p 
 Nak tau info lebih lanjut korang boleh lawat blog Abang Luncai ni. =)

Love,

Balik kampung..wooooo..oooo..Balik kampung!!!


Holla guys!! Waaahhh dah lama aku  tak update entry! Bukan pe aku agak busy dua tiga harini..busy ke??hahaha. Busy shopping jer pun..maklumla banyak sale sempena Chinese New Year kan..hahaha. ;p Ha, memandangkan Tahun Baru Cina dah dekat cuti sem pun dah bermula..kawan-kawan aku semua dah balik kampung..tinggal la aku sorang-sorang kat uma ni..adehh..=(

Mula-mula tu aku ingat tak nak balik kampung..tapi sebenarnya dalam hati tu memang teringin giler kot nak balik kampung. Dahla kena tinggal sorang-sorang kat rumah ni..Uwaaaa. =( Sebenarnya penyebab utama aku tak nak balik kampung ni adalah kerana minggu depan aku kena balik kampung lagi sebab aku ada appointment ngan doktor..so, takkan la aku nak balik kampung dua tiga kali??Penat woo dok dalam bas berjam-jam..So, aku pun dengan berat hatinya buat keputusan tak mau balik kampung time raya cina ni..balik minggu depan jerla..hmm.

Sedih teringatkan sawah padi..=(

Tapi, semalam lepas aku call mak aku terus aku happy! Mak aku cakap dia akan try tukar tarikh appointment tu so aku bolehla balik kampung minggu ni. Tak payah balik lagi minggu depan. Yeah! Hooray! Boleh balik kampung..hahaha. ;p Aku sangat suka nak balik kampung kali ni sebab aku nak jumpa adik perempuan aku yang kat PLKN tu..dorang kan boleh balik cuti so ni la peluang aku nak jumpa dia and bertanya khabar..hehe. Dia dah jadi ketua kompeni kat PLKN tu so mesti banyak cerita best nak share kan??Wahh tak sabar aku nak balik jumpa dia..hehe. ^_^

So, kesimpulannya ESOK aku akan balik kampung aku..Alor Staq here I come!! muahahaha. ;p Uih tak sabarnyer nak jumpa family aku..banyak cerita nak share ngan dorang..so kepada korang yang ngah cuti sekarang ni jom balik kampung ramai-ramai! ^_^


*All pictures credit to Google.com

Love,

Thursday, January 27, 2011

AGAIN!

Holla guys! Owh aku hepi harini sebab ada follower baru..hehe.Terima kasih banyak-banyak aku ucapkan kepada mereka-mereka yang sudi follow blog aku yang tak seberapa ni..aku hargai sangat-sangat..hehe. ^_^

Ha, kenapa tajuk entry kali ni AGAIN??Bukan nak ulang cerita ke apa ke yer..huhu. Tapi ni tajuk lagu yang aku tengah addicted sekarang ni.! Asyik dok ulang lagu ni jer satu hari suntuk harini..hehe. Housemate aku pun dah naik menyampah dengar aku melalak melolong lagu ni agaknyer! hahahaha. ;p

Natasha Bedingfield ft. Bruno Mars

Mula-mula aku tau pasal lagu ni lepas aku baca entry kat blog Cik Shazwani  ni..huhu. Aku pun tryla dengar and first time aku dengar terus je aku jatuh cinta ngan lagu ni..memang bestla! Terima kasih Cik Shazwani yer..hehe. ;p Lagu ni lagu Natasha Bedingfield ft. Bruno Mars. Cubala korang layan tengok lagu ni kat youtube ni. Aku dah memang jatuh cinta ngan lagu ni...muahahahaha. ;p

Makna dia sangat mendalam bagi aku..chewah jiwang plak tibe-tibe aku ni! huhu. Apepun enjoy the song ok!

Some of the lyric..^_^


That's it for this entry. Enjoy reading guys! =)

Love u,





Tuesday, January 25, 2011

Ape itu YAWA??

Holla guys! Harini aku nak bercerita tentang meeting ngan pihak YAWA seperti yang aku gtau dalam entry ni. Aku kan ada jugak bagitau dalam entry ni yang tahun ni aku ada banyak projek nak kena buat. Antaranya adalah projek moral. Ramai budak-budak kelas aku pilih rumah kebajikan untuk buat service learning tapi kumpulan aku pilih YAWA sebab kami nak tekankan isu alam sekitar. Yela kita kan banyak ke arah green earth sekarang so aku rasa ok gak kalau kami join YAWA ni.


YAWA adalah singkatan untuk Yayasan Anak Warisan Alam. Chairman dia Asyraf Sinclair.(Ala yang kahwin dengan Bunga Citra Lestari tu!)..hehe. YAWA banyak buat program yang berkaitan alam sekitar sejak ianya ditubuhkan pada tahun1990 lagi. Antara aktiviti yang dorang buat seperti projek tanam pokok kat Putrajaya, last Saturday dorang adakan gotong-royong kat Bukit Bintang and yang terbaru projek 10,000 Expressions Of Green KL. Kalau korang nak tau lebih banyak pasal YAWA ni korang bolehla add facebook YAWA ni or korang boleh lawati website YAWA ni untuk more information. Lagipun dorang memang perlukan volunteers sekarang ni. Kalau korang berminat come and join us! hehe. ;p


Ok berbalik kepada cerita aku, kitorang buat appointment ngan En. Fikri ni and dia nak jumpa kitorang kat Starbucks Tropicana Mall. Mula-mula terkejut gak kan.Biar betol nak bincang kerja kat Starbucks tapi nampak gaya memang dia serius. Kitorang pun pergila jumpa dia and bincang projek kitorang. Hasilnya?? Kami akan handle 2 projek iaitu:

  1. Kawasan Pusat Pelancongan Memerhati Kelip-Kelip dan;
  2. Kawasan Pelancongan Pusat Pemerhati Burung Enggang
Tak sabar nak mulakan projek ni. Aku pun still blur-blur apa yang patut kitorang buat sebenarnya tapi takpela  nanti aku leh tanya En. Fikri lagi kalau ada masalah. =)

En. Fikri dgn Mimi 

En. Fikri ni sangat sempoi orangnya dan relax jer. So, takderla kitorang rasa tertekan sangat kan nak buat projek ni. Tengokla appointment pun kat shopping complex.hehe. ;p So, kat bawah ni aku nak sharekan la gambar-gambar kitorang sebelum and semasa meeting tu. Enjoy! ^_^

Sebelum (saat-saat untuk camwhoring! haha ;p)
:
Ahli kumpulan aku.

Final discussion.

Mimi

Atiqah

Farah and Muna

Semasa (muka serious sikit..hehe. ;p)

Aku yg sibuk bertanya.
Hehe. ;p

En. Fikri gayut kami posing! 
Haha. ;p

Tu jerla untuk entry kali ni..Enjoy reading peeps! =)

*sumber gambar YAWA from Google.com

Monday, January 24, 2011

Jiwa Wanita = Sensitif!

Harini aku sedih..aku tak tau kenapa tapi aku sedih..Aku sangat sensitif..hmm. So, disebabkan aku sedih harini aku nak cerita tentang wanita je..fahamilah hati dan jiwa wanita yang sensitif wahai lelaki..


Aku tak taula korang macam mana kan tapi aku kalau aku cakap aku cintakan seorang lelaki maka aku hanya cintakan dia seorang. Tiada yang lain selain dia..So aku nak kongsikan sikit beberapa sifat wanita yang sama spesis dengan aku..(chewah ni konon-konon geng setia la ni! ahak ;p)

Senyumannya

  • Dia hanya bagi senyuman yang paling istimewa untuk kamu. Hanya kamu yang pernah melihat dia senyum sebegitu. Berseri-seri wajahnya menyatakan bahawa dia sangat cintakan kamu. Senyuman itu sangat mahal harganya. Bukan senang orang lain nak tengok dia senyum macam tu. Bertuahnya kamu wahai lelaki!
  • Jika dia pergi kamu pasti takkan melihat senyuman seindah itu untuk kamu lagi walaupun kamu mungkin menjadi kawannya lagi. Jangan harap!
Lirikan matanya
  • Lelaki jarang faham body language seorang wanita. Kalau kamu betul-betul kenal si dia kamu akan tahu betapa cintanya dia dengan hanya melihat lirikan matanya terhadap kamu. Manja! Hanya kamu jer yang boleh tengok lirikan manja macam tu..Untung lagi..ish2. Kadang-kadang mata berbicara jauh lebih banyak jujurnya dari mulut berbicara..
  • Tapi lelaki selalu membuat mata wanita mengalirkan air mata kerana perbuatan mereka..Ketahuilah bahawa kamu takkan pernah bisa membayar balik setiap titisan itu walau apa jua yang kamu lakukan..
Bibirnya
  • Bibirnya manis dan mungkin kadang-kadang boleh menjadi berbisa akibat rasa sakit hati dari tindakan kamu wahai lelaki..
  • Tetapi bagi wanita yang baik mungkin bibirnya mengukir senyuman paksa kerana mengalah demi cintanya pada kamu..
Telinganya
  •  Telinga wanita selalu terpaksa menahan segala makian,cacian dan amarah lelaki..Lelaki boleh melepaskan segalanya dan kemudian menganggap perkara itu sudah berlalu tapi wanita sangat susah untuk melupakan apa yg didengar. Tolongla lelaki jaga bahasa kamu bila bercakap dengan wanita.
Hati kami sangat sensitif dan mudah terguris.. Aku tau entry ni agak suram bunyinya tapi itulah apa yg aku rasakan waktu ini..

*All pictures credit to Google.com

Sunday, January 23, 2011

Samsung ES28

Holla guys!! Wahhh aku hepi giler kot sejak dari semalam lagi..hehe. Nak tau tau kenapa??Aku baru beli camera! hahahaha. ;p Aku beli Samsung ES28. Sejenis compact digital camera je pun..huhu. Ye aku tau camera camni dah lapuk sekarang memandangkan ramai dah pakai DSLR sekarang ni kan??hehe. Memangla niat di hati tu ada teringin giler kot nak pakai DSLR tapi memandangkan aku takde tangan so tak praktikal la kan untuk aku pakai DSLR?? Lastly camera digital biasa jugakla jadi pilihan aku! ^_^.



Dah puas aku membelek-belek camera kat Low Yat tu last-last atas nasihat Mr. M aku, aku pun amikla camera Samsung ES28 ni. Aku sangat-sangat berpuas hati dengan camera ni sebab user friendly! Yela dengan tahap kebangangan aku dengan teknologi aku rasa camera ni sangat mudah untuk digunakan dan difahami functionnya.Very simple! Quality gambar die memang superb! Camera ni 12 Megapixels, 5x zoom and aku dapat 4GB memory free.hehehe. ;p Harga die?? RM300 je tau! Tapi bateri die alkaline biaser jerla.Bukan lithium. Kalau korang rasa susah nak kena beli bateri selalu belila bateri yang rechargeable macam aku! hehe.


Camera ni jugak ada auto smart function yang sangat best untuk amik gambar sebab dia ada auto face detection and even detects blinking.So takkan adala gambar yang mata tertutup kan??haha. ;p Lepas tu Intelligent LCD die akan automatik adjust the brightness agar bersesuaian dengan environment. So, gambar korang memang clear and cantik giler! Dengan camera ni jugak korang boleh rakam video tau. Lagi function yang best tentang camera ni adalah dia ada digital image stabilisation! Bermaksud gambar korang takkan nampak shaky langsung. Gambar yang korang amik confirm nampak sharp je! Aku dah try. Trust me. Dengan aku yang hanya amik gambar guna sebelah tangan je ni aku memang tabik springla dengan camera ni! Terbaik la! hehehehe. (happy melampau ni! ;p). Lastly korang boleh je amik gambar indoor shot walaupun dalam keadaan low light sebab dia ada high sensitivity ISO 1600.So, gambar korang akan still nampak sharp and cantik walaupun low light ok??. Best kan function camera ni?? ^_^.



Kesimpulannya aku sangat berpuas hatila dengan camera ni. So, kepada korang yang nak beli camera tapi budget ciput cam aku bolehla pergi usha camera ni kat kedai. Confirm korang tak menyesal la. Tapi ini pendapat aku yang tak berapa arif sangat pasal camera la kan..hehe. ;p

So, itu jerla yang aku nak share kali ni. Enjoy reading peeps! XOXO. ^_^

Friday, January 21, 2011

Tips To Impress Women

                                     
 

Hola guys! Harini aku nak kongsi beberapa tips untuk menarik perhatian wanita terutama kepada lelaki-lelaki yang masih single di luar sana tu..hehe. ;p Aku tau ramai lelaki tak tau cara yang terbaik untuk menarik perhatian wanita kan??Sebenarnya bukan susah pun..wanita kebanyakannya menilai daripada first impression mereka. Oleh itu kepada lelaki-lelaki di luar sana jagala penampilan kamu ketika pertama kali kamu ajak seorang wanita keluar date..hehe. Nak tau tips-tips nye??Jom kita baca. ^_^

  1. Yakin Diri (Confident)
  • Ini merupakan langkah yang paling penting! Kalau korang sendiri takde keyakinan diri macam mana nak impress wanita kan??Lelaki yang terlalu rendah diri selalunya tidak menarik minat wanita kerana dianggap tidak mempunyai karisma dan leadership. Ingat tu!
    2.    Jangan Sombong!
  • Wanita sangat benci lelaki yang sombong, bangga diri and perasan bagus! Seriously takkan korang rasa dalam dunia ni korang la lelaki idaman kot??Banyak lagi lelaki lain yang lebih hebat dari korang. Takkan la tiap-tiap kali korang bercerita asyik korang jer yang jadi hero cerita korang tu. Tak pun asyik puji diri sendiri je. Tobat la semua wanita tak suka korang kan?? Lagipun bila lelaki buat perangai macam ni wanita menganggap lelaki tersebut sebagai seorang yang insecure and desperate! So, daripada korang dok sibuk puji diri sendiri melambung-lambung lagi baikla korang cerita benda-benda lawak yang pernah terjadi dalam hidup korang. Confirm wanita suka. Sense of humor is important guys! =)
     3.   Jangan sesekali membebel or mengeluh.
  • Ade jugak ek lelaki yang suka membebel and mengeluh?? Ish2..korang tau tak wanita sangat tidak suka dapat lelaki yang kuat membebel! Itu tak kena ini tak kena. Kira semua benda tak kenala! Kalah orang perempuan pulak bebel nya..Adoi.Lelaki membebel ni tak macho. Sikap ini menunjukkan bahawa anda seorang lelaki yang cepat mengalah dalam kehidupan. Sebagai lelaki anda kena kuat! Bukan la tak boleh complain tapi jangan membebel. Itu je.

      4.  Puji Dirinya
  • Tapi pastikan korang puji selain daripada penampilannya! Yela kalau setakat puji penampilan dah lali la wanita dengar. Nama pun wanita so dah memang selalu dengar ayat macam awak cantikla, kulit awak cantikla..Ala, macamla dia tak tau semua tu. Adoii..Sebaliknya cuba korang perhati tingkah laku dia betul-betul and pujila yang berkaitan. Contoh kalau dia buat korang gelak terbahak-bahak dengan cerita dia pujila yang dia tu pandai buat lawak. Tapi puji bagi ikhlas. Jangan hanya sebab nak tarik perhatian die je. Wanita tau menilai sama ada pujian itu ikhlas atau tidak. 
      5.  Buat dia ketawa/senyum.
  • Wanita perlu rasa selesa disamping seorang lelaki sebelum dia membuka pintu hatinya untuk korang lebih rapat. Kalau korang ni rajin buat lawak, ceriakan hari dia dah tentu dia akan rasa selesa dengan korang. Tapi janganla buat lawak bodoh pulak. Bagi la relevan sikit. Lawak bodoh kang wanita anggap korang ni low IQ pulak. Tak ke malu?

Ha, itu jela serba sikit tips-tips mudah sebagai langkah pertama bagi korang yang bergelar lelaki untuk menarik perhatian seorang wanita. Bukan susah pun kan??So, aku harap semua yang masih single reflect balik diri korang betulkan di mana kekurangan korang and cuba lah tip-tips kat atas tu. Mana tau berkesan ke kan?? hehe. ;p

So, see ya! XOXO. ^_^

*sumber adaptasi daripada menshealth.com
*all pictures credit to Google.com

Thursday, January 20, 2011

Tutti Frutti Frozen Yogurt


Holla guys! Ha, semalam kan lepas kelas aku ngan member-member aku ada meeting ngan En. Fikri daripada YAWA. Tau ke YAWA tu ape??hehe. Meh sini aku citer. YAWA tu singkatan untuk Yayasan Anak Warisan Alam. Aku join yayasan ni untuk Projek Moral aku. So, dipendekkan cerita En. Fikri ni nak jumpa kitorang kat Tropicana Mall. Pasal projek aku dengan YAWA ni nanti aku cerita dalam my next entry ok. ;p

Kitorang sampai awal dekat Tropicana Mall tu. So, dah takde keje kitorang pun berjalan-jalanla kat dalam tu.Macam biasa bagi aku Tropicana Mall ni boring sebab takde pe yang menarik pun kat dalam tu..huhu. Tengah dok syok jalan-jalan tu kami lalu la dekat Tutti Frutti ni.Tibe-tibe je aku rasa lapar kan. Maklumla aku just makan nasi lemak pagi tu je..pastu tak makan dah..Time tu dah pukul 4 lebih memang aku lapar giler la kan! hehe.Kena pulak Tutti Frutti ni kedai yogurt. Fuhh! Favourite aku tu yogurt! Aku memang sangat-sangat suka makan yogurt. hehe. So, aku pun ajakla member-member aku makan. Tapi, malangnya dorang ni tak minat yogurt melainkan Cik Mimi kiter. So, aku and Mimi jerla yang pergi beli yogurt tu.

Cup paling kecil pilihan kami..hehe

Kalau korang nak tau Tutti Frutti ni self-service. Harga dia RM5.30 untuk setiap 100gram. Aku and Mimi pun layan dirila nak makan yogurt ni. First sekali amik cup yang disediakan pastu pegi dekat kaunter yogurt and pilihla perisa apa yang menjadi pilihan hati. Ada macam-macam perisa yogurt seperti vanila, coklat, original, banana strawberry and grape. 

Self-service kaunter

Aku pilih original dengan sikit banana strawberry. Korang boleh mix yer perisa ape korang nak..hehe. Mimi pulak amik banana strawberry ngan vanila. Lepas korang dah pilih perisa yogurt korang boleh pilih topping pulak untuk yogurt korang tu sama ada buah-buahan atau pun benda-benda macam coklat m&n and marshmallow tu. 

Kaunter topping

Original + Banana Strawberry Yogurt + Topping buah longan, laici and rambutan. 
Sedap hingga menjilat jari!! haha. ^_^

Vanila + Banana Strawberry Yogurt + Topping buah strawberry, kiwi dan prune.
Mimi punya. =)

Lepas tu pergila ke kaunter penimbang untuk timbang berat yogurt korang and harga yang perlu dibayar. Dah bayar bolehla makan! Wahh..sejuk gile kan yogurt die.Maklumla nama pun frozen yogurt tapi seriously sedap giler! ^_^ Korang tunggu ape lagi?? Pergila cuba.

Muka aku ngan Mimi yang terlalu happy boleh makan!
Tengok badanla kan! Muahahaha. ;p

Ok, itu jela untuk entry kali ni. Selamat membaca dan mencuba Tutti Frutti guys! =)

See ya! XOXO. ^_^




Wednesday, January 19, 2011

Isu Potong Rambut Pelatih PLKN


Holla guys! Ha, harini aku nak bercakap isu sensitif sikit..kalau korang dengar berita pagi tadi (chewah,berita pagi woo..maklumla kelas aku pagi tiap-tiap hari!) hehe. Ok sambung-sambung. Berita pagi tadi pasal isu seorang pelatih PLKN beragama Sikh yang rambutnya dipotong time die tidur! Adoooiiii..

Aku sebenarnya agak terkejutla dengan berita tu..Maklumla benda ni sensitif. Benda melibatkan agama bangsa lain. So, kenapa benda macam ni boleh terjadi time dalam PLKN?? Bukan kah sepatutnya kem PLKN tu satu tempat yang selamat untuk pelatih??hmm.Menurut berita ni, rambut pelatih tersebut dipotong time tengah tidur. Ade ke patut??Ape punya dengkila manusia yang buat macam tu. Rambut pelatih tu panjang sampai pinggang and tak pernah dipotong sejak lahir. Yela kalau tak silap aku memang orang laki Sikh akan simpan rambut panjang atas sebab keagamaan. Even time dorang naik motor pun dorang tak payah pakai helmet kalau dorang pakai serban tu. Semua orang pun tau. Tapi ada juga yer manusia yang dengki..hmm.(emo pulak aku tibe2!).


Sekarang ni family pelatih tu dah buat report and siasatan sedang dijalankan. Pelatih tu pun dah diberi cuti seminggu untuk tenangkan pikiran. Bagusla tu..Tapi menurut siasatan awal insiden ni berlaku bukan disebabkan oleh orang dalam PLKN tu tapi dipercayai orang luar sebab orang dalam PLKN terutama pelatih-pelatih dilarang sama sekali untuk bawa senjata tajam manakala pihak pengurusan memang sedia maklum tentang agama Sikh ni. So, kiranya kem PLKN Sungai Bakap, Pulau Pinang ni tak berapa selamat lah kan??Yela kalau sampai orang luar boleh masuk potong rambut tak mustahil boleh buat benda yang lagi teruk dari tu kan di masa akan datang.

Apepun aku harap kes ni akan disiasat sebaiknya sebab boleh mengancam keselamatan pelatih-pelatih PLKN yang lain terutamanya pelatih perempuan. Bahaya tu! So, itu jela yang aku nak cerita dalam entry ni..huhu. Selamat membaca!

PEACE NO WAR! =)

See ya! XOXO.

*All pictures credit to Google.com

Jom Gegar Blog!!

Holla guys! Ha, ape yang gegar sangat ni??hehe. Bukan ape, abg ben kiter ni ada buat contest sikit..kasi gegar sikit ini dunia blog..hahaha. ;p nak join?? boleh aje..KLIK SINI untuk maklumat lanjut. Ha, tunggu ape lagi?? Marila kita join contest ni beramai-ramai yer..Mari-mari! ^_^

Saturday, January 15, 2011

Kelly Osbourne: Weight Lost!

Holla guys! Aku dah banyak kali dengar pasal Kelly Osbourne yang dah kurus ni tapi tak pernah pulak aku nak cari gambar die kurus kan..hehe. Sebab sepanjang yang aku tau Kelly ni montel and chubby  but still cute to me..hehe. Tapi last few weeks time aku pergi MPH aku ternampak gambar Kelly Osbourne berbikini! OMG! Seriously aku terkesima sebentar..Kelly Osbourne in bikini??Wow! Memang die dah kurusla..cantik plak tu..Jelesnya aku si chubby Kelly dah kurus..huhu. Ha, kalau korang nak tengok gambar die berbikini korang boleh beli SHAPE Magazine or just baca online je kat SHAPE ni.

Before

After

Hot giler kan??Serious aku tabik springla dekat Kelly ni sebab die berjaya kuruskan badan die. Memang kesedaran and usaha tu yang paling penting kalau nak kurus (terutama untuk orang montel macam aku ni!).hehe. ;p Tapi dia bukan dapat badan macam ni dalam sekelip mata. Banyak senaman yang dia buat and jaga pemakanan die jugak tapi tak la terlalu strict dia kata. Dia mengamalkan diet high protein and low carb. 

The best part bila aku baca pasal die ni dia cakap masa awal-awal nak kurus dulu dia cam nak give up la jugak sebab penat and susah. Sampaikan dia cakap dulu dia nak buat sit up sekali dua pun susah. Penat. Tapi sekarang tiap-tiap kali dia bangun pagi die buat sit up 100 kali! Few..sure abdomen aku sakit teruk kalau 100. Aku takat 30 je yang aku larat buat sekarang..hahaha. ;p (takpe slow-slow).



Lepas tu bila lari atas treadmill mula-mula dia buat dulu dia boleh bertahan tak sampai 10 minit pun tapi sekarang dah 30 minit non-stop. Bagus betul la Kelly ni. Dia memang berusaha betul-betul. Aku patut contohi dia kalu nak kurus..haha.Tapi kadang-kadang aku ni hangat-hangat tahi ayam je..Tu la masalah paling besar! Adoi..

Walaupun Kelly ni dulu banyak masalah dadah and sebagainya tapi sekarang dia dah jauh berbeza. Kehidupan die lebih teratur and happy je. I loooike! ^_^ So, congratulations to you Kelly Osbourne!
Aku akan jadikan die sebagai inspirasi aku untuk kurus..dah gemuk sangat sekarang ni..nak buat ape pun cepat letih..boring betul! Chaiyok-chaiyok nabila! ^_^



So, that's it for this entry. Kalau nak tau cerita selebihnya dan cara-cara Kelly Osbourne senaman dapatkan majalah SHAPE sekarang!

*All pictures credit to Google.com

See ya! XOXO. =)






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...