Pages

Tuesday, February 1, 2011

Orang Tua Kahwin Lagi?? Apa Pendapat Korang?


Holla guys! Lama tak update blog..hehe..Maklumla aku kat kampung sekarang..so internet aku cam cabuk sikitla..paham-paham la yer..huhu. ^_^ Ha, berbalik kepada tajuk kiter, orang tua yang aku maksudkan ni adalah orang tua yang umurnya 60 tahun dan ke atas. Hidup seorang bermaksud bujang, bercerai atau pasangan meninggal.

Aku nak tanya korangla apa pendapat korang kalau tiba-tiba datuk atau nenek korang cakap nak kahwin lagi??Korang boleh terima atau tidak?? (Ha,ce citer, ce citer!) haha. ;p

Bagi aku ada pros and cons die bila orang tua nak kahwin lagi..Ini adalah pendapat aku ok? Kalau korang tak setuju sila beri komen yer..=)

Pros:
  1. Mereka perlukan teman hidup bagi mengelakkan rasa bosan dan sunyi. Sex bukanlah perkara utama bagi mereka. Yang penting ada teman untuk berbicara dan meluahkan rasa hati. Yerla cakap dengan anak-anak berbeza topik dan cara daripada cakap dengan pasangan..Betul tak??
  2. Ada orang jaga bila sakit. Bayangkanla kalau orang tua sakit siapa nak jaga??Anak-anak zaman sekarang banyak kerja jauh daripada ibu bapa so jarang sekali nak jumpa dorang.At least kalau sakit ada juga orang tolong jaga and tengok-tengokkan.
  3. Kehidupan harian lebih teratur. Maksudnya dari segi makan pakai mereka. At least ada orang teman makan tak payah makan sorang-sorang. Secara logiknya anak-anak semua kerja or belajar. Siapa yang ada kat rumah untuk teman dorang makan??Makan sorang-sorangla jawabnye..Tak kesian ke??
Cons:
  1. Pasangan yang dipilih terlalu muda atau tua. Jurang perbezaan umur akan menyebabkan perbezaan pendapat dan cara hidup. Maksud aku kalau orang tua selalunya hidupnya lebih ke arah beramal ibadat tetapi kalau pasangan terlalu muda mungkin masih nak enjoy dengan hal duniawi kan??
  2. Takut pasangan tak ikhlas. Terima hanya kerana harta. Secara logiknya orang yang nak kahwin ni mesti ada duit kan??Tak banyak pun sikit mesti ada. Kalau tak takkan berani nak pinang anak orang atau mak orang kan??huhu.Ini yang aku risau. Aku tak suka kalau kahwin hanya untuk harta tapi bukan untuk perkongsian hidup.
  3. Pilih kasih. Kalau dua-dua pasangan ada anak yang masih kecil dikhuatiri akan terjadi pilih kasih atau pilih bulu dengan anak-anak. Tapi kalau dah orang tua rasanya anak-anak dah besar kot kan??Tapi tak taula kan..harap-harap orang-orang tua yang nak kahwin fikir masak-masak dulu terutama bila ada anak masing-masing. 
  4. Penerimaan keluarga baru. Bila berkahwin akan berlaku percampuran keluarga baru bermula dari anak-anak sampaila ke cucu cicit. So adakah hubungan keluarga akan harmoni hasil daripada perkahwinan tersebut??


Hmm, bagi aku tepuk dada tanya selera. Masing-masing dah tua dah banyak pengalaman hidup. Sepatutnya dah boleh berfikir mana yang baik dan buruk untuk diri sendiri dan keluarga. Okla aku tak nak komen banyak-banyak tapi aku nak dengar komen korang pulak. Jangan malu-malu nak komen yer! ^_^

Love,

8 comments:

D'China Store said...

kahwin di usia tua bukan sebab nafsu tapi sebagai teman di kala sunyi dan boleh tengok2kan masa sakit..

Bella said...

yup betol tu..bella setuju sangat! =)

Aqilah Azmi said...

gatal ! hahahahhahh .

Zakwan Zainal said...

pe salahnya.. dyorg un perlukn teman utk berbork n teman g tgk wayang kt couple sit..

Bella said...

@akeyla: hehe..biasala orang selalu pk cam tu.

@zakwan:hahaha..ya btoi2 depa pun teringin nak p tgk wyg dok couple seat gak..;p

Calipso said...

cinta tak kenal usia

muslim said...

tok u nk kwin ag ke???hehehehe..len mcm je post ni..

Bella said...

@calipso: yup btol tu! =)

@muslim: owh..i tak pastila..mayb dlm perancangan kot..hahaha. ;p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...