Pages

Monday, February 14, 2011

Burung Enggang dan Kelip-Kelip

Holla guys! Seperti yang aku janjikan sebelum ni aku nak bercerita pasal pengalaman aku pergi Sabak Bernam tengok Burung Enggang dan Kelip-kelip baru-baru ni. Tapi sebelum tu aku nak bagi tahu yang aku tak sempat ambik gambar burung enggang sebab dia terbang cepat sangat! Pastu untuk kelip-kelip pulak bateri kamera aku habis. So, untuk entry ni aku pinjam gambar dari En. Google la yer! Sorry.

Aku pergi tengok burung enggang dekat Sungai Karang. Kat sini Jabatan Perhilitan Negeri Selangor memang jadikan tempat enggang datang singgah untuk makan sebab dorang sediakan makanan tiap-tiap hari untuk enggang tu. Tak kirala cuaca panas ke hujan ke ribut ke sentiasa je ada makanan untuk enggang tu. Enggang ni selalu makan buah-buahan macam betik dan pisang.

Ni pokok ara. Kalau korang tengok betul-betul ada 2 benda yang tergantung kan kat situ. Itula tempat Jabatan Perhilitan letakkan makanan untuk burung enggang ni.


Spesis burung enggang yang terdapat dekat sini adalah Rhinoceros Horn bill. Nama dia Rhinoceros sebab dekat atas kepala dia ada tanduk macam badak. Lepas tu enggang spesis ni bulu dia semua warna hitam dan ekor dia warna putih tapi ada stripes hitam kat tengah-tengah.

Rhinoceros Horn bill.

Terbang tinggi.


Sebelum nak masuk dekat pokok ara tu kena lalu jambatan ni dulu.



Kawan-kawan aku. Ni dah lepas lalu jambatan tu.


Ni aku. Tengok tangan kecik mesti dalam poket! 


Setakat tu jerla aku nak cerita pasala burung enggang. Sekarang masuk bab kelip-kelip pulak. Aku tengok kelip-kelip dekat Sungai Pakeh. Kelip-kelip dia memang cantik dan banyak gila! Macam tengok pokok krismas yang ada lampu lip lap tu. hahaha. ;p 

Nak tengok kelip-kelip ni kena naik sampan. Ni kira pengalaman pertama aku la naik sampan malam-malam buta pukul 11 malam semata-mata nak pi tengok kelip-kelip. Risau jugak aku sebenarnya sebab takut ada buaya jer! Maklumla air sungai tu tenang jer..hehe. ;p Tapi alhamdulillah takder pape yang buruk berlaku.


Ni la contoh kelip-kelip yang aku tengok. Gambar ni dari En. Google yer! Bateri kamera aku habis dah time ni.


Ni pun dari En. Google. Tapi macam ni la lebih kurang pengalaman aku naik sampan tengok kelip-kelip malam tu. huhu. ;p 


Itu jerla untuk entry kali ni. Selamat membaca! ^_^


Love,

3 comments:

muslim said...

bestmye...nape la art xnk ikut..rugi..t kita pg ag

muslim said...

bestmye...nape la art xnk ikut..rugi..t kita pg ag

Bella said...

tula..sapa suruh xnak join..kan dh rugi..=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...