Ha, kali ni aku nak cerita pasal pemergian aku ke Muzium Tekstil Negara. Kalau korang nak tau aku ni ada satu habit yang sangat suka tengok barang-barang lama atau antik. Bagi aku barang-barang ni semua sangat cantik dan ada sejarah yang tersendiri. So, kebetulan masa aku pergi semalam Muzium Tekstil ni tengah buat promosi Kebaya Tales bermula sejak 8 Januari yang lalu sehinggla 28 Februari nanti.
Korang tau tak Muzium Tekstil ni kat mana?? Tak tau ek?? Bukan Muzium Negara tau! Muzium Tekstil ni terletak berhadapan dengan Dataran Merdeka. Bersebelahan dengan bangunan Sultan Abdul Samad tu. Selalu korang lepak kat dataran takkan tak perasan kot ada muzium ni?? ;p Dah aku bagitau ni bolehla korang pergi tengok yer!
Meh aku cerita sikit sebanyak pasal asal-usul kebaya ni yer. Kebaya ni asalnya dipakai oleh Nyonya muda iaitu wanita Cina yang berasal dari Medan, Indonesia. Perkataan kebaya ni mungkin berasal daripada perkataan Portugis kobaya yang digunakan untuk blaus berpotongan seperti kebaya ni. Kebaya kebiasaannya dipakai dengan kain batik bercorak bunga, serangga atau haiwan.
Kebaya ni ada macam jenis-jenis dan berbeza-beza fungsinya. Contoh kebaya yang ada dalam pameran ni adalah seperti di bawah:
Kebaya Les/Renda
Kebaya jenis ni selalunya dipakai oleh artis-artis zaman dulu-dulu sebab nak nampak lebih glamour.hehe. Yerla kebaya les ni jarang and agak seksi so nampak lebih glamour bersesuaian la dengan status dorang sebagai selebriti or artis. ^_^
Merah: Kebaya Kerawang
Pink: Kebaya Sulam
Kedua-dua jenis kebaya di atas kebiasaannya dipakai untuk majlis rasmi sebab nampak cantik dan elegan. Selain itu nampak lebih sopan dan formal. Corak yang biasa disulam adalah bermotifkan bungan dan haiwan.
Kebaya Berkabung
Ha, jangan tak tau untuk berkabung pun ada kebayanya yang tersendiri. Nyonya muda kebiasaannya berkabung untuk tiga tahun. Bagi tahun pertama, mereka hanya pakai kebaya bewarna hitam atau putih. Tahun kedua pula kebaya bewarna ungu atau biru manakala bagi tahun ketiga pula mereka memakai kebaya bewarna hijau seperti diatas.
So, itu jerla sedikit sebanyak yang aku dapat kongsikan dengan korang tentang kebaya tales yang ada kat Muzium Tekstil Negara ni. Pergila tengok kalau korang ni ada minat macam aku.hehe. ;p Sebenarnya tak rugi kalau korang pergi muzium ni sebab banyak lagi pameran lain yang korang boleh tengok seperti batik, barang perhiasan lama dan juga tenunan songket Melayu.
^_^
Sebelum berhenti menulis ada sikit pantun lama yang aku nak kongsi dengan korang:
Kain kasa dari Juda,
Amek oley orang sebrang,
Ringgit chuma chandaran saja,
Nama yang baik dikenang-orang.
Love,
2 comments:
tempat ini menarik..:)
ye menarik utk owg yg suka brg lme jer..=)
Post a Comment