Tiba-tiba malam ni jiwa aku kacau..Rasa sedih lak ngan diri aku tiba-tiba. Bukan aku tak bersyukur cuma rasa rendah diri sebab tak mampu nak jadi macam orang lain..Macam yang aku tulis dalam post Why Unusual? ni kalau korang baca tentu korang tau keadaan diri aku kan..hmm.
Semalam masa aku kat Sabak Bernam kitorang dijemput oleh Penghulu Kampung untuk makan malam kat rumah dia. So, sebagai perempuan-perempuan mithali group aku pun pergila ke dapur nak tolong isteri Penghulu tu apa yang patut. Dipendekkan cerita tak banyak yang aku boleh tolong..Biasala bila makan style kampung dorang akan hidang lauk dalam dulang. So, nak angkat dulang tu berat..Kena guna 2 tangan kan..Tapi aku ada 1 je..Aku rasa useless gila bila aku tengok kawan-kawan aku yang dok buat semua kerja..Aku just mampu tengok and tolong benda-benda yang ringan jer..
Aku rasa rendah diri sangat. Malu pun ada kat isteri Penghulu tu..Yerla dah jadi tabiat aku suka sembunyi tangan kecik aku selagi boleh so memangla isteri Penghulu tu tak tau keadaan aku kan..Selalu macam tula..Bila pergi kenduri mana-mana tak banyak yang aku boleh tolong..Kepada yang tau memangla dorang tak salahkan aku tapi kepada yang tak tau aku dijadikan bahan umpatan..Dikatakan malas. Harap muka jer lawa (bukan aku cakap yer!)..
Bukan salah aku..Bukan aku mintak dilahirkan begini..Bukan aku saja tak mau tolong..Tapi ada benda yang boleh aku buat ada benda yang tidak..Makin meningkat dewasa makin rendah diri pulak aku rasa..Tambah-tambah bila fikir nak start keja dah tak lama lagi..nak kahwin lagi..Macam mana penerimaan orang lain terhadap aku?? Banyak yang aku pikir..Aku sedih..=(
Inilah dia tangan kecik ku...
Kalau korang rasa geli aku mintak maaf..Tapi this is ME. Tidak sempurna seperti kamu semua..Tidak ku pinta dijadikan sebegini tapi apa la dayaku..Aku hanya pasrah dan redha dengan ketentuan Tuhan kerana aku percaya setiap yang berlaku itu ada hikmahnya...
Tapi kadang-kadang aku kalah dengan sikap manusia yang kadang-kadang lancang berbahasa tanpa memikirkan persaan orang lain mahupun mengetahui keadaan sebenar..Aku sedih..Sekuat mana pun aku, sepositif mana pun aku tapi aku masih seorang insan yang punya hati dan perasaan..Yang tau rasa sedih dan kecewa..Ada masa aku seperti give up bila dengar orang kutuk tangan aku..Tapi apa yang mampu aku buat?? ......
Wahai manusia janganlah kamu bersikap kejam kepada orang-orang seperti aku kerana nikmat Tuhan kepada kamu yang sempurna bila-bila masa saja boleh diambil oleh Nya semula..
Love,
9 comments:
Dont worry dear, xsemua org mulut jahat mcm 2..But for me ur awesome.
HEARTBEAT Tambah Pendapatan Selain Nuffnang
INCOME HEARTBEAT SETELAH 5JAM
persetankan mereka yang bermulut jahat darl
@Zyash: yup i know xsemua org mulut jahat..tq dear for ur support! =)
@nisa: yup persetankan mereka itu..thanks dear! =)
ya... i support u 2..
hidup bella...i akn support sepnjg masa..muahh
mana ada manusia yang perfect..i support u..i know u can be better.
@deedee87: Tq so much for ur support! =)
@muslim: Tq my dear..muahh =)
@encik luncai: Yup xda yag perfect..tq so much for ur support! =)
kakak...
nasib kita serupa...
ble sye tau mcmne kakak hadapi'y???
sye p0n mcm kakak...
rse mcm diri nie "useless"...
@pakalolo: Adik,org mcm kiter ni kena kuat dan tabah 2 kali ganda daripada org biasa.Kiter kena sentiasa berfikiran positif dan percaya dgn qada' dan qadar Tuhan. Percaya lah setiap yg berlaku itu ada hikmahnya.
Bagi akak senang jer,sayangi diri kita, yakin dgn kebolehan diri sendiri, sentiasa positif, kuat semangat, jgn mudah putus asa dan berani untuk berhadapan dgn pelbagai ragam dan reaksi masyarakat. Akak yakin adik boleh sbb akak boleh kenap tidak adik kan??
Good Luck dalam hidup adik. Do your best! :)
Post a Comment