Harini kita cerita tentang buah-buahan pulak. Buah-buahan tempatan kita banyak khasiatnya tau kalau korang nak tau. Aku ni sangat suka makan buah-buahan sebab aku tak suka makan sayur..hehe. ;p So, jom aku cerita apa khasiat beberapa buah-buahan tempatan kita.
- Ni buah kegemaran aku. Khasiatnya seperti boleh sembuhkan sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit.
- Selain itu jus tembikai juga boleh membantu menyembuhkan penyakit artritis, gout serta keracunan makanan sebab jus tembikai berupaya menghapuskan toksid dalam tubuh.
- Buah kegemaran aku jugak ni..hehe. Khasiat buah ni yang paling utama adalah menghilangkan masalah sembelit sebab kaya dengan Vitamin C.
- Selain itu, betik juga digunakan untuk merawat tumit pecah. Caranya adalah dengan mengambil getah betik muda dan menyapunya pada tumit kaki yang pecah-pecah.
- Pucuk betik pula boleh digunakan untuk mengubati penyakit darah tinggi.
Belimbing
- Belimbing boleh digunakan untuk merawat kencing manis kerana dapat menurunkan paras gula dalam darah.
- Selain itu, belimbing juga boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi dan radang gusi.
- Mangga digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah penyahidratan dalam tubuh.
- Selain itu, mangga juga boleh menyembuhkan penyakit Hernia. Hernia atau burut adalah sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak.
- Jika ulu hati terasa pedih sakit setiap kali selepas makan, boleh dirawat dengan mengamalkan pengambilan jus mangga.
- Memandangkan jus mangga mempunyai kandungan gula yang tinggi, ia kurang sesuai untuk mereka yang mengalami penyakit diabetis, hipoglisemia dan kandidiasis atau jangkitan kulat.
- Getah pisang merupakan ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka. Dengan menyapukan getah pisang pada luka, darah akan berhenti mengalir dan lukanya akan cepat kering.
- Kudis pula boleh dirawat dengan mudah menggunakan kulit pisang.
- Selain itu, pisang juga digunakan untuk mengatasi masalah sembelit, ulser dan penyakit gastritis atau radang perut.
Banyak kan khasiat buah-buahan tempatan kita?? So, sekiranya ada ahli keluarga korang menghidap penyakit-penyakit yang dinyatakan di atas cubalah banyakkan makan buah-buahan yang dinyatakan. Mana tau berkesan ke..Insyaallah.
Itu jela yang aku nak kongsikan untuk entry kali ni..Selamat membaca! =)
*Sumber adaptasi daripada persatuan pengguna upsi.
Love,
5 comments:
banyak tul khasiat...
teringat air buah gelas besar :)
@are_mean91: yup mmg byk khasiat buah kiter..=)
@en. luncai: yup betol2 terutama jus tembikai! cedapnye...;p
lapar tgk buah2 , i love manga :D
@adlin roshaida: hehe..cdp kan buah?? i love tembikai! ;p
Post a Comment