Pages

Sunday, February 27, 2011

10 Petanda Dia Jodoh Kita...


Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


Doa Pendekat Jodoh.. =)



+ Ditulis oleh Hj Abdul Samad Profile:

Love,

Saturday, February 26, 2011

Tanam Pokok @ Bestari Jaya

Sebelum tanam pokok muka happy jer! ;p

Holla guys! Rasa cam dah lama plak aku tak update blog ni..huhu. Takpe harini aku bagi citer baru ok kat korang. Pagi tadi aku ada program tanam pokok dengan YAWA. Aku and group aku follow YAWA join aktiviti tanam pokok yang dianjurkan di Bestari Jaya, Batang Berjuntai. Memang best gila aktiviti ni. Aku rasa happy sangat sebab dah berbakti pada alam kita ni. ^_^

Harini bukan aku ja tapi ada lebih daripada 300 volunteers dari seluruh negara termasukla dari negara ASEAN yang took part dalam aktiviti ini. Jumlah pokok yang kami kena tanam harini adalah 800 pokok. Banyakkan?? Tapi disebabkan volunteers ramai so kerja jadi cepat dan mudah. =)

Aku tengok uncle demo cara yang betul nak korek lubang. Kedalaman lubang mestila 1 kaki setengah atau lebih. Bak kata uncle "Be Generous!" hehe. ;p


Lihat betul-betul! ;p


Aku pulak try tanam pokok! hehe. ^_^


Dah siap tanam 1 pokok! Serius giler muka aku! wahahaha. ;p


Sempat lagi amik gambar time nak balik! =)


Kesimpulannya walaupun hari tersangatla panas tapi aku berpuas hati sebab dapat tanam anak-anak pokok baru untuk keseimbangan alam kiter. Cuaca panas sekarang ni pun sebab negara kiter dah kurang pokok. So, marila kiter sama-sama pelihara pokok yang sedia ada dan kalau rajin tanamla pokok di sekitar kawasan perumahan korang. ^_^


Love,

Tuesday, February 22, 2011

Barang Perhiasan Emas Lama @ Muzium Tekstil Negara

Harini aku tak nak cakap banyak tapi just nak tunjuk kat korang koleksi barang-barang perhiasan lama yang diperbuat daripada emas tulen. Semua koleksi ni dipamerkan di Muzium Tekstil Negara.
Enjoy! ^_^

Tali pinggang wanita dulu-dulu.


Tali pinggang + pending (buckle)


Pending @ buckle tali pinggang.


Keronsang untuk baju kebaya.


Rantai


Keronsang


Gelang Tangan + Gelang Kaki.


Cincin.


Cincin Lagi.


Subang.


Cantik kan barang-barang perhiasan lama ni?? Aku sangat kagum dengan hasil kerja tangan orang dulu-dulu. Sangat kemas, teliti dan cantik. ^_^ 

Itu jerla untuk entry kali ni. See you!

Love,

Sunday, February 20, 2011

Kebaya Tales @ Muzium Tekstil Negara


Ha, kali ni aku nak cerita pasal pemergian aku ke Muzium Tekstil Negara. Kalau korang nak tau aku ni ada satu habit yang sangat suka tengok barang-barang lama atau antik. Bagi aku barang-barang ni semua sangat cantik dan ada sejarah yang tersendiri. So, kebetulan masa aku pergi semalam Muzium Tekstil ni tengah buat promosi Kebaya Tales bermula sejak 8 Januari yang lalu sehinggla 28 Februari nanti.

Korang tau tak Muzium Tekstil ni kat mana?? Tak tau ek?? Bukan Muzium Negara tau! Muzium Tekstil ni terletak berhadapan dengan Dataran Merdeka. Bersebelahan dengan bangunan Sultan Abdul Samad tu. Selalu korang lepak kat dataran takkan tak perasan kot ada muzium ni?? ;p Dah aku bagitau ni bolehla korang pergi tengok yer!




Meh aku cerita sikit sebanyak pasal asal-usul kebaya ni yer. Kebaya ni asalnya dipakai oleh Nyonya muda iaitu wanita Cina yang berasal dari Medan, Indonesia. Perkataan kebaya ni mungkin berasal daripada perkataan Portugis kobaya yang digunakan untuk blaus berpotongan seperti kebaya ni. Kebaya kebiasaannya dipakai dengan kain batik bercorak bunga, serangga atau haiwan.

Kebaya ni ada macam jenis-jenis dan berbeza-beza fungsinya. Contoh kebaya yang ada dalam pameran ni adalah seperti di bawah:

Kebaya Les/Renda

Kebaya jenis ni selalunya dipakai oleh artis-artis zaman dulu-dulu sebab nak nampak lebih glamour.hehe. Yerla kebaya les ni jarang and agak seksi so nampak lebih glamour bersesuaian la dengan status dorang sebagai selebriti or artis. ^_^


Merah: Kebaya Kerawang
Pink: Kebaya Sulam

Kedua-dua jenis kebaya di atas kebiasaannya dipakai untuk majlis rasmi sebab nampak cantik dan elegan. Selain itu nampak lebih sopan dan formal. Corak yang biasa disulam adalah bermotifkan bungan dan haiwan.


Kebaya Berkabung

Ha, jangan tak tau untuk berkabung pun ada kebayanya yang tersendiri. Nyonya muda kebiasaannya berkabung untuk tiga tahun. Bagi tahun pertama, mereka hanya pakai kebaya bewarna hitam atau putih. Tahun kedua pula kebaya bewarna ungu atau biru manakala bagi tahun ketiga pula mereka memakai kebaya bewarna hijau seperti diatas.

So, itu jerla sedikit sebanyak yang aku dapat kongsikan dengan korang tentang kebaya tales yang ada kat Muzium Tekstil Negara ni. Pergila tengok kalau korang ni ada minat macam aku.hehe. ;p Sebenarnya tak rugi kalau korang pergi muzium ni sebab banyak lagi pameran lain yang korang boleh tengok seperti batik, barang perhiasan lama dan juga tenunan songket Melayu.

^_^

Sebelum berhenti menulis ada sikit pantun lama yang aku nak kongsi dengan korang:

Kain kasa dari Juda,
Amek oley orang sebrang,
Ringgit chuma chandaran saja,
Nama yang baik dikenang-orang.


Love,

Friday, February 18, 2011

SweetChat


Holla guys! Dah lama aku tak update blog kan..huhu. Maklumla bz cikit sekarang sebab aku dah final sem kat UM sekarang. So, banyak keja la nak kena buat. Anyway, untuk entry kali ni aku nak cerita tentang tempat makan ni. Nama dia SweetChat. Aku kalau rasa teringin nak makan durian especially time-time bukan musim dia kat cinila tempat aku pergi! hehe.

SweetChat menawarkan pelbagai pilihan dessert yang sangat cedap sama ada sejuk atau panas. Korang boleh pilih sendiri. Selain dessert ada jugak pelbagai menu lain. Terpulang kat korang nak makan apa. So, entry ni just nak tunjuk kat korang makanan yang aku and Mr. M aku makan kat SweetChat ni. 
Enjoy! ^_^

Ini makanan pilihan Mr. M aku. Nama aku dah lupa. Sorry!



Hot Chocolate


Ini pula makanan pilihan aku. Nama dah lupa jugak.huhu. ;p

Chicken Sandwich


Ice Lemon Tea



Pulut Hitam + Durian. My Favourite!!! ^_^


Itu jerla yang kitorang makan haritu. Semua sedap. So korang pun boleh try makan kat cini tau. Tempat selalu aku pergi dekat MidValleyla. 

Ni aku yang sangat happy boleh makan! hahaha ;p

Love,

Monday, February 14, 2011

Burung Enggang dan Kelip-Kelip

Holla guys! Seperti yang aku janjikan sebelum ni aku nak bercerita pasal pengalaman aku pergi Sabak Bernam tengok Burung Enggang dan Kelip-kelip baru-baru ni. Tapi sebelum tu aku nak bagi tahu yang aku tak sempat ambik gambar burung enggang sebab dia terbang cepat sangat! Pastu untuk kelip-kelip pulak bateri kamera aku habis. So, untuk entry ni aku pinjam gambar dari En. Google la yer! Sorry.

Aku pergi tengok burung enggang dekat Sungai Karang. Kat sini Jabatan Perhilitan Negeri Selangor memang jadikan tempat enggang datang singgah untuk makan sebab dorang sediakan makanan tiap-tiap hari untuk enggang tu. Tak kirala cuaca panas ke hujan ke ribut ke sentiasa je ada makanan untuk enggang tu. Enggang ni selalu makan buah-buahan macam betik dan pisang.

Ni pokok ara. Kalau korang tengok betul-betul ada 2 benda yang tergantung kan kat situ. Itula tempat Jabatan Perhilitan letakkan makanan untuk burung enggang ni.


Spesis burung enggang yang terdapat dekat sini adalah Rhinoceros Horn bill. Nama dia Rhinoceros sebab dekat atas kepala dia ada tanduk macam badak. Lepas tu enggang spesis ni bulu dia semua warna hitam dan ekor dia warna putih tapi ada stripes hitam kat tengah-tengah.

Rhinoceros Horn bill.

Terbang tinggi.


Sebelum nak masuk dekat pokok ara tu kena lalu jambatan ni dulu.



Kawan-kawan aku. Ni dah lepas lalu jambatan tu.


Ni aku. Tengok tangan kecik mesti dalam poket! 


Setakat tu jerla aku nak cerita pasala burung enggang. Sekarang masuk bab kelip-kelip pulak. Aku tengok kelip-kelip dekat Sungai Pakeh. Kelip-kelip dia memang cantik dan banyak gila! Macam tengok pokok krismas yang ada lampu lip lap tu. hahaha. ;p 

Nak tengok kelip-kelip ni kena naik sampan. Ni kira pengalaman pertama aku la naik sampan malam-malam buta pukul 11 malam semata-mata nak pi tengok kelip-kelip. Risau jugak aku sebenarnya sebab takut ada buaya jer! Maklumla air sungai tu tenang jer..hehe. ;p Tapi alhamdulillah takder pape yang buruk berlaku.


Ni la contoh kelip-kelip yang aku tengok. Gambar ni dari En. Google yer! Bateri kamera aku habis dah time ni.


Ni pun dari En. Google. Tapi macam ni la lebih kurang pengalaman aku naik sampan tengok kelip-kelip malam tu. huhu. ;p 


Itu jerla untuk entry kali ni. Selamat membaca! ^_^


Love,

Sunday, February 13, 2011

Mari Join HeartBeat ^_^

Holla guys! Ha, perasan tak aku ada banner baru kat blog??hehe. Kalau korang nak tau HeartBeat ni pun macam Nuffnang jugak. Korang boleh buat duit bila korang join HeartBeat ni. Trimas kepada Zyash sebab aku pun dapat info ni dari blog dia.

HeartBeat ni satu website yang buat gift atau hadiah untuk pelbagai occasion. Korang bolehla lawat website HeartBeat ni kalau agak-agak nak cari hadiah untuk yang tersayang ke, graduation ke or apa-apa occasionla senang citer. Kalau saje-saje gatal nak habiskan duit pun boleh jugak sebab gift dia semua cantik-cantik tau! =)

Okla sekarang aku nak share ngan korang cara-cara untuk jadi affiliate HeartBeat ni and start jana pendapatan korang. ^_^ Ok sebelum tu aku nak tunjuk sikit kenapa korang kena join. Cuba tengok jadual kat bawah ni. Senang kan nak dapat duit dari HeartBeat ni?? =)


Refer friends to register:When you refer a friend to join HB!Affiliate as affiliate.
RM2 earned for qualified affiliate.
Self purchase:20% of total purchase amount. Excluded delivery fee.
eg: If you purchase magic mug at RM40, your earning will be RM8.
Referral purchase:15% of total purchase amount.
eg: If your referral purchases magic mug at RM40, your earning will be RM6.
Banner / text link clicks:RM0.04 per genuine click.
Only genuine clicks from unique IP address each day are counted.
Feedback:RM5 for constructive feedback to us.
Survey / Polling:RM3 for the participation in our survey or polling.
Testimonial:RM10 for testimonial with photo & at least 300 words on our unique gift giving ideas.
Bonus:Additional bonus will be awarded when total purchase amount of self purchase and referral purchase in a month are as below:-


 more than RM300-additional RM20.00
 more than RM500-additional RM30.00
 more than RM700-additional RM50.00


So, ni cara-cara untuk join affiliate HeartBeat ni:

1) klik  website HeartBeat ni.

2) pastu klik icon HeartBeat yang ada kat atas blah kiri tu.
3) klik create account
4) Masukkan Password
5) klik di kotak "I Agree"
6) klik continue
7) bila dah create account klik di Join HB!Affiliate (ada dekat atas yer!)
8) klik online application pastu isi semua maklumat yg die nak
9) bila da isi klik My HB!Affiliate utk dapatkan code iklan yg nak letak di blog 
10) klik di get a code
11) lepastu copy paste je code yg die dah bagi tu kt add a gadget blog korang
12) bile dah save siap! =) 


Mudah kan step nak join HeartBeat ni?? So, tunggu apa lagi? Jomla join cepat and start jana pendapatan anda. Jangan lupa promote HeartBeat dekat kawan-kawan korang tau! ^_^


Love,

Ini Tangan Aku....

Tiba-tiba malam ni jiwa aku kacau..Rasa sedih lak ngan diri aku tiba-tiba.  Bukan aku tak bersyukur cuma rasa rendah diri sebab tak mampu nak jadi macam orang lain..Macam yang aku tulis dalam post Why Unusual? ni kalau korang baca tentu korang tau keadaan diri aku kan..hmm.

Semalam masa aku kat Sabak Bernam kitorang dijemput oleh Penghulu Kampung untuk makan malam kat rumah dia. So, sebagai perempuan-perempuan mithali group aku pun pergila ke dapur nak tolong isteri Penghulu tu apa yang patut. Dipendekkan cerita tak banyak yang aku boleh tolong..Biasala bila makan style kampung dorang akan hidang lauk dalam dulang. So, nak angkat dulang tu berat..Kena guna 2 tangan kan..Tapi aku ada 1 je..Aku rasa useless gila bila aku tengok kawan-kawan aku yang dok buat semua kerja..Aku just mampu tengok and tolong benda-benda yang ringan jer..

Aku rasa rendah diri sangat. Malu pun ada kat isteri Penghulu tu..Yerla dah jadi tabiat aku suka sembunyi tangan kecik aku selagi boleh so memangla isteri Penghulu tu tak tau keadaan aku kan..Selalu macam tula..Bila pergi kenduri mana-mana tak banyak yang aku boleh tolong..Kepada yang tau memangla dorang tak salahkan aku tapi kepada yang tak tau aku dijadikan bahan umpatan..Dikatakan malas. Harap muka jer lawa (bukan aku cakap yer!)..

Bukan salah aku..Bukan aku mintak dilahirkan begini..Bukan aku saja tak mau tolong..Tapi ada benda yang boleh aku buat ada benda yang tidak..Makin meningkat dewasa makin rendah diri pulak aku rasa..Tambah-tambah bila fikir nak start keja dah tak lama lagi..nak kahwin lagi..Macam mana penerimaan orang lain terhadap aku?? Banyak yang aku pikir..Aku sedih..=(


Inilah dia tangan kecik ku...


Kalau korang rasa geli aku mintak maaf..Tapi this is ME. Tidak sempurna seperti kamu semua..Tidak ku pinta dijadikan sebegini tapi apa la dayaku..Aku hanya pasrah dan redha dengan ketentuan Tuhan kerana aku percaya setiap yang berlaku itu ada hikmahnya...

Tapi kadang-kadang aku kalah dengan sikap manusia yang kadang-kadang lancang berbahasa tanpa memikirkan persaan orang lain mahupun mengetahui keadaan sebenar..Aku sedih..Sekuat mana pun aku, sepositif mana pun aku tapi aku masih seorang insan yang punya hati dan perasaan..Yang tau rasa sedih dan kecewa..Ada masa aku seperti give up bila dengar orang kutuk tangan aku..Tapi apa yang mampu aku buat?? ......

Wahai manusia janganlah kamu bersikap kejam kepada orang-orang seperti aku kerana nikmat Tuhan kepada kamu yang sempurna bila-bila masa saja boleh diambil oleh Nya semula..


Love,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...