Pages

Monday, February 14, 2011

Burung Enggang dan Kelip-Kelip

Holla guys! Seperti yang aku janjikan sebelum ni aku nak bercerita pasal pengalaman aku pergi Sabak Bernam tengok Burung Enggang dan Kelip-kelip baru-baru ni. Tapi sebelum tu aku nak bagi tahu yang aku tak sempat ambik gambar burung enggang sebab dia terbang cepat sangat! Pastu untuk kelip-kelip pulak bateri kamera aku habis. So, untuk entry ni aku pinjam gambar dari En. Google la yer! Sorry.

Aku pergi tengok burung enggang dekat Sungai Karang. Kat sini Jabatan Perhilitan Negeri Selangor memang jadikan tempat enggang datang singgah untuk makan sebab dorang sediakan makanan tiap-tiap hari untuk enggang tu. Tak kirala cuaca panas ke hujan ke ribut ke sentiasa je ada makanan untuk enggang tu. Enggang ni selalu makan buah-buahan macam betik dan pisang.

Ni pokok ara. Kalau korang tengok betul-betul ada 2 benda yang tergantung kan kat situ. Itula tempat Jabatan Perhilitan letakkan makanan untuk burung enggang ni.


Spesis burung enggang yang terdapat dekat sini adalah Rhinoceros Horn bill. Nama dia Rhinoceros sebab dekat atas kepala dia ada tanduk macam badak. Lepas tu enggang spesis ni bulu dia semua warna hitam dan ekor dia warna putih tapi ada stripes hitam kat tengah-tengah.

Rhinoceros Horn bill.

Terbang tinggi.


Sebelum nak masuk dekat pokok ara tu kena lalu jambatan ni dulu.



Kawan-kawan aku. Ni dah lepas lalu jambatan tu.


Ni aku. Tengok tangan kecik mesti dalam poket! 


Setakat tu jerla aku nak cerita pasala burung enggang. Sekarang masuk bab kelip-kelip pulak. Aku tengok kelip-kelip dekat Sungai Pakeh. Kelip-kelip dia memang cantik dan banyak gila! Macam tengok pokok krismas yang ada lampu lip lap tu. hahaha. ;p 

Nak tengok kelip-kelip ni kena naik sampan. Ni kira pengalaman pertama aku la naik sampan malam-malam buta pukul 11 malam semata-mata nak pi tengok kelip-kelip. Risau jugak aku sebenarnya sebab takut ada buaya jer! Maklumla air sungai tu tenang jer..hehe. ;p Tapi alhamdulillah takder pape yang buruk berlaku.


Ni la contoh kelip-kelip yang aku tengok. Gambar ni dari En. Google yer! Bateri kamera aku habis dah time ni.


Ni pun dari En. Google. Tapi macam ni la lebih kurang pengalaman aku naik sampan tengok kelip-kelip malam tu. huhu. ;p 


Itu jerla untuk entry kali ni. Selamat membaca! ^_^


Love,

Sunday, February 13, 2011

Mari Join HeartBeat ^_^

Holla guys! Ha, perasan tak aku ada banner baru kat blog??hehe. Kalau korang nak tau HeartBeat ni pun macam Nuffnang jugak. Korang boleh buat duit bila korang join HeartBeat ni. Trimas kepada Zyash sebab aku pun dapat info ni dari blog dia.

HeartBeat ni satu website yang buat gift atau hadiah untuk pelbagai occasion. Korang bolehla lawat website HeartBeat ni kalau agak-agak nak cari hadiah untuk yang tersayang ke, graduation ke or apa-apa occasionla senang citer. Kalau saje-saje gatal nak habiskan duit pun boleh jugak sebab gift dia semua cantik-cantik tau! =)

Okla sekarang aku nak share ngan korang cara-cara untuk jadi affiliate HeartBeat ni and start jana pendapatan korang. ^_^ Ok sebelum tu aku nak tunjuk sikit kenapa korang kena join. Cuba tengok jadual kat bawah ni. Senang kan nak dapat duit dari HeartBeat ni?? =)


Refer friends to register:When you refer a friend to join HB!Affiliate as affiliate.
RM2 earned for qualified affiliate.
Self purchase:20% of total purchase amount. Excluded delivery fee.
eg: If you purchase magic mug at RM40, your earning will be RM8.
Referral purchase:15% of total purchase amount.
eg: If your referral purchases magic mug at RM40, your earning will be RM6.
Banner / text link clicks:RM0.04 per genuine click.
Only genuine clicks from unique IP address each day are counted.
Feedback:RM5 for constructive feedback to us.
Survey / Polling:RM3 for the participation in our survey or polling.
Testimonial:RM10 for testimonial with photo & at least 300 words on our unique gift giving ideas.
Bonus:Additional bonus will be awarded when total purchase amount of self purchase and referral purchase in a month are as below:-


 more than RM300-additional RM20.00
 more than RM500-additional RM30.00
 more than RM700-additional RM50.00


So, ni cara-cara untuk join affiliate HeartBeat ni:

1) klik  website HeartBeat ni.

2) pastu klik icon HeartBeat yang ada kat atas blah kiri tu.
3) klik create account
4) Masukkan Password
5) klik di kotak "I Agree"
6) klik continue
7) bila dah create account klik di Join HB!Affiliate (ada dekat atas yer!)
8) klik online application pastu isi semua maklumat yg die nak
9) bila da isi klik My HB!Affiliate utk dapatkan code iklan yg nak letak di blog 
10) klik di get a code
11) lepastu copy paste je code yg die dah bagi tu kt add a gadget blog korang
12) bile dah save siap! =) 


Mudah kan step nak join HeartBeat ni?? So, tunggu apa lagi? Jomla join cepat and start jana pendapatan anda. Jangan lupa promote HeartBeat dekat kawan-kawan korang tau! ^_^


Love,

Ini Tangan Aku....

Tiba-tiba malam ni jiwa aku kacau..Rasa sedih lak ngan diri aku tiba-tiba.  Bukan aku tak bersyukur cuma rasa rendah diri sebab tak mampu nak jadi macam orang lain..Macam yang aku tulis dalam post Why Unusual? ni kalau korang baca tentu korang tau keadaan diri aku kan..hmm.

Semalam masa aku kat Sabak Bernam kitorang dijemput oleh Penghulu Kampung untuk makan malam kat rumah dia. So, sebagai perempuan-perempuan mithali group aku pun pergila ke dapur nak tolong isteri Penghulu tu apa yang patut. Dipendekkan cerita tak banyak yang aku boleh tolong..Biasala bila makan style kampung dorang akan hidang lauk dalam dulang. So, nak angkat dulang tu berat..Kena guna 2 tangan kan..Tapi aku ada 1 je..Aku rasa useless gila bila aku tengok kawan-kawan aku yang dok buat semua kerja..Aku just mampu tengok and tolong benda-benda yang ringan jer..

Aku rasa rendah diri sangat. Malu pun ada kat isteri Penghulu tu..Yerla dah jadi tabiat aku suka sembunyi tangan kecik aku selagi boleh so memangla isteri Penghulu tu tak tau keadaan aku kan..Selalu macam tula..Bila pergi kenduri mana-mana tak banyak yang aku boleh tolong..Kepada yang tau memangla dorang tak salahkan aku tapi kepada yang tak tau aku dijadikan bahan umpatan..Dikatakan malas. Harap muka jer lawa (bukan aku cakap yer!)..

Bukan salah aku..Bukan aku mintak dilahirkan begini..Bukan aku saja tak mau tolong..Tapi ada benda yang boleh aku buat ada benda yang tidak..Makin meningkat dewasa makin rendah diri pulak aku rasa..Tambah-tambah bila fikir nak start keja dah tak lama lagi..nak kahwin lagi..Macam mana penerimaan orang lain terhadap aku?? Banyak yang aku pikir..Aku sedih..=(


Inilah dia tangan kecik ku...


Kalau korang rasa geli aku mintak maaf..Tapi this is ME. Tidak sempurna seperti kamu semua..Tidak ku pinta dijadikan sebegini tapi apa la dayaku..Aku hanya pasrah dan redha dengan ketentuan Tuhan kerana aku percaya setiap yang berlaku itu ada hikmahnya...

Tapi kadang-kadang aku kalah dengan sikap manusia yang kadang-kadang lancang berbahasa tanpa memikirkan persaan orang lain mahupun mengetahui keadaan sebenar..Aku sedih..Sekuat mana pun aku, sepositif mana pun aku tapi aku masih seorang insan yang punya hati dan perasaan..Yang tau rasa sedih dan kecewa..Ada masa aku seperti give up bila dengar orang kutuk tangan aku..Tapi apa yang mampu aku buat?? ......

Wahai manusia janganlah kamu bersikap kejam kepada orang-orang seperti aku kerana nikmat Tuhan kepada kamu yang sempurna bila-bila masa saja boleh diambil oleh Nya semula..


Love,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...