Pages

Showing posts with label Myself. Show all posts
Showing posts with label Myself. Show all posts

Tuesday, February 11, 2014

I am a Shaklee Independent Distributor (SID)

Holla Guys!!

Fuhh lama gile tak update apa-apa dalam blog ni since dapat tawaran kerja 2 tahun yang lepas! Hahaha..Amik kau 2 tahun dah bersawang blog aku ni. Sorry sangat ye to all my followers. Macam-macam jadi tau dalam 2 tahun ni. Kalau uolls nak tau aku ni dh KAHWIN tahun lepas + NAK BERANAK dah bulan 3 ni!!


Macam-macam dah jadi tu yang sampai bersawang blog aku ni. Hehe. Almaklumla busy dgn kerja, urusan rumah tangga dan macam-macam lagi. Nantila bila aku ada masa aku akan tulis tentang kisah kahwin dan jugak kisah pregnancy aku ye kt uolls. So, hari ni aku nk bagi tau satu benda kat uolls. Aku sekarang ni tengah run business Shaklee. Pernah dengar tak?? Takkan tak pernah kot?? Kalau tak pernah sila guna encik Google ye. Hehe.



So, kalau korang berminat nak try produk Shaklee sila lah bagi tau aku. Don't worry aku akan bagi HARGA SUPER DUPER MURAH. Harga kasih sayang je utk uolls semua.Plus, aku jugak akan bagi FREE CONSULTATION tentang cara makan dan jadual makan yang betul untuk semua produk Shaklee yg uollss beli dgn aku okay! ;)


Lepas ni, uolls jangan pelik pulak kalau aku dok promote produk Shaklee ye. Tapi, of coursela sambil cerita tentang life aku jugak. Akhir kata, hopefully aku akan berjaya meng'update' blog selalu lepas ni. (Boleh ke??) Hahaha. InsyaAllah aku try!!



Wednesday, August 17, 2011

Perkembangan Terbaru Diriku

Assalamualaikum dan salam sejahtera to all my friends and peeps! Fuh! Lama giler tak update blog ni. Anyway, just nak share perkembangan aku sejak akhir-akhir ni. Firstly, I've got my driving licence a month ago. Alhamdulillah. I am very grateful and thankful to Allah for making my life easier.

Secondly, I've got an interview last week at Pahang for my first job application. Alhamdulillah the interview went well. Currently, I am waiting for the result. According to the secretary, I should get the answer in 2 weeks time. So, I am waiting right now. I hope that I will get good news soon. Praying hard right now! :) 

So, I guess that wraps up my current life. Thank you for reading peeps. ^_^



Thursday, June 30, 2011

Alhamdulillah :)

Alhamdulillah aku dah settle dgn semua proses nak ambil lesen aku. Sekarang aku cuma tunggu masa untuk test JPJ je bulan 7 nanti. Aku sangat gembira. Syukur alhamdulillah! :)

Oh, hari ni aku demam pulak..sakit dah hidung aku dok bersin satu hari..adoii..

Okla nanti aku update lagi blog ni yer..sekarang ni aku just dok rumah tak buat pape so tak banyak benda aku nk share dengan korang. So take care peeps! :)


Saturday, June 4, 2011

Excited!



Aku sangat excited sejak dua tiga hari ni..Nak tau kenapa?? Sebab aku dah boleh ambil lesen memandu! Yeah aku tau mesti korang pelik kan umur dah tua tapi baru nak ambil lesen..hahaha. Korang tak tau betapa banyak kepayahan yang aku kena lalui untuk ambil lesen ni..Dulu lepas SPM aku dah ambil setakat ujian statik komputer tapi tiba-tiba pekerja tempat aku belajar memandu tu suruh aku stop sebab aku tak bagitau dorang awal-awal yang aku OKU. Menurut pekerja tu OKU kena lalui proses berbeza dari pelajar normal..Dorang bagitaula apa yang perlu aku buat untuk dapatkan lesen memandu kelas A khas untuk OKU.

Macam-macam proses yang aku kena buat untuk ambil lesen. Kadang-kadang aku rasa sistem sedia ada kita hanya menyusahkan dan merumitkan lagi urusan golongan OKU. Memang tak adil pun sebenarnya. Huh. Orang macam aku ni kira okla boleh bergerak pergi sana sini. Cuba bayangkan kalau orang-orang yang kena naik kerusi roda or bertongkat. Susah kan golongan ni nak ke sana sini semata-mata atas alasan prosedur. Selain itu, golongan OKU jugak kena banyak duit dari golongan normal. Tau kenapa? Sebab kesemua proses and prosedur nak ambil lesen ni makan duit yang banyak! 

Ni prosedur yang perlu aku lalui untuk ambil lesen:

  1. Jumpa doctor untuk pengesahan layak memandu atau tak. (Appointment nak jumpa doctor saja ambil masa sampai 2 bulan! Haih.)
  2. Jumpa pegawai JPJ minta kebenaran nak ambil lesen memandu OKU.
  3. Kena bawa kereta sendiri sebab kereta automatik tak disediakan di tempat ambil lesen.
  4. Kena buat insurans asing khas untuk latihan dan ujian memandu. (Insurans ni mahal giler! 2 bulan punya insurans aku kena bayar RM508! )
  5. Lepas tu kena bawa insurans, geran kereta, surat kebenaran tuan punya kereta, surat memohon kebenaran JPJ nak ambil ujian lesen nanti pergi ke pusat latihan tu nanti.
  6. Bayar RM520 untuk lesen OKU. Baru boleh ambil lesen. Haih!
  7. Total RM1030 untuk ambil lesen memandu OKU. Mahal lagi dari lesen memandu orang normal. Itu tak termasuk duit minyak pergi sana sini untuk kesemua prosedur di atas.
  8. Sediakan duit minyak untuk latihan dan ujian memandu nanti sebab pakai kereta sendiri. Haih!
  9. Kesimpulannya, sediakan duit banyak-banyak yer wahai golongan OKU kalau rasa-rasa nak ambil lesen!
Dulu time lepas SPM aku tak sambung sebab masalah insurans. Mak aku tak pakai insurans Kurnia tapi hanya Kurnia Insurans yang boleh buat untuk latihan dan ujian memandu. So, aku terpaksa stop dulu daripada ambil lesen. Sekarang setelah 5 tahun berlalu dan aku pun dah habis belajar kat universiti, aku ada banyak masa terluang untuk ambil lesen. So, aku ulang balik proses yang aku dah lalui dulu dan alhamdulillah kali ini aku berjaya harungi semua masalah yang mendatang. Nasib baik mak aku banyak tolong dari segi kewangan. Terima kasih mama! =)

Mulai esok aku akan start pergi ke kelas memandu. Hahahaha! Dah tua bangka baru nak ambil lesen. Tapi takperla, yang penting aku happy dan excited sangat. Dah lama aku tunggu saat ni. =)

Apa yang aku harapkan adalah kerajaan dan pihak-pihak yang terlibat ubah prosedur untuk ambil lesen bagi OKU. Kesian golongan seperti kami ni. Kalau tak pun pusat latihan memandu sepatutnya ambil tanggunggjawab untuk menguruskan semua dokumen atau urusan yang diperlukan bagi pihak golongan OKU ni. At least kurangla beban OKU ni. 


Friday, March 18, 2011

Demam Pulak!



Adehh..aku demam la plak..sejak semalam lagi aku demam. Sakit tekak, sakit kepala, badan aku panas luar dan dalam, selsema (hingus tak payah cakapla!).hahahaha. ;p Belakang aku pun sakit sebab tidur banyak sangat..haish.

Aku rasa sebab perubahan cuaca yang mendadak kejap panas kejap hujan ni la yang buat aku demam tiba-tiba jer ni..Ish2.. =( Tapi aku rasa happy sangat sebab minggu ni aku boleh rehat sepuas-puasnya walaupun assignment aku berlambak lagi tak siap tapi at least aku tak payah pergi mana-mana minggu ni. Lega giler! ;p

Okla tu jer nak cakap. Nak tido la. Letih. Bubbye! ^_^


Sunday, February 13, 2011

Ini Tangan Aku....

Tiba-tiba malam ni jiwa aku kacau..Rasa sedih lak ngan diri aku tiba-tiba.  Bukan aku tak bersyukur cuma rasa rendah diri sebab tak mampu nak jadi macam orang lain..Macam yang aku tulis dalam post Why Unusual? ni kalau korang baca tentu korang tau keadaan diri aku kan..hmm.

Semalam masa aku kat Sabak Bernam kitorang dijemput oleh Penghulu Kampung untuk makan malam kat rumah dia. So, sebagai perempuan-perempuan mithali group aku pun pergila ke dapur nak tolong isteri Penghulu tu apa yang patut. Dipendekkan cerita tak banyak yang aku boleh tolong..Biasala bila makan style kampung dorang akan hidang lauk dalam dulang. So, nak angkat dulang tu berat..Kena guna 2 tangan kan..Tapi aku ada 1 je..Aku rasa useless gila bila aku tengok kawan-kawan aku yang dok buat semua kerja..Aku just mampu tengok and tolong benda-benda yang ringan jer..

Aku rasa rendah diri sangat. Malu pun ada kat isteri Penghulu tu..Yerla dah jadi tabiat aku suka sembunyi tangan kecik aku selagi boleh so memangla isteri Penghulu tu tak tau keadaan aku kan..Selalu macam tula..Bila pergi kenduri mana-mana tak banyak yang aku boleh tolong..Kepada yang tau memangla dorang tak salahkan aku tapi kepada yang tak tau aku dijadikan bahan umpatan..Dikatakan malas. Harap muka jer lawa (bukan aku cakap yer!)..

Bukan salah aku..Bukan aku mintak dilahirkan begini..Bukan aku saja tak mau tolong..Tapi ada benda yang boleh aku buat ada benda yang tidak..Makin meningkat dewasa makin rendah diri pulak aku rasa..Tambah-tambah bila fikir nak start keja dah tak lama lagi..nak kahwin lagi..Macam mana penerimaan orang lain terhadap aku?? Banyak yang aku pikir..Aku sedih..=(


Inilah dia tangan kecik ku...


Kalau korang rasa geli aku mintak maaf..Tapi this is ME. Tidak sempurna seperti kamu semua..Tidak ku pinta dijadikan sebegini tapi apa la dayaku..Aku hanya pasrah dan redha dengan ketentuan Tuhan kerana aku percaya setiap yang berlaku itu ada hikmahnya...

Tapi kadang-kadang aku kalah dengan sikap manusia yang kadang-kadang lancang berbahasa tanpa memikirkan persaan orang lain mahupun mengetahui keadaan sebenar..Aku sedih..Sekuat mana pun aku, sepositif mana pun aku tapi aku masih seorang insan yang punya hati dan perasaan..Yang tau rasa sedih dan kecewa..Ada masa aku seperti give up bila dengar orang kutuk tangan aku..Tapi apa yang mampu aku buat?? ......

Wahai manusia janganlah kamu bersikap kejam kepada orang-orang seperti aku kerana nikmat Tuhan kepada kamu yang sempurna bila-bila masa saja boleh diambil oleh Nya semula..


Love,

Thursday, January 27, 2011

AGAIN!

Holla guys! Owh aku hepi harini sebab ada follower baru..hehe.Terima kasih banyak-banyak aku ucapkan kepada mereka-mereka yang sudi follow blog aku yang tak seberapa ni..aku hargai sangat-sangat..hehe. ^_^

Ha, kenapa tajuk entry kali ni AGAIN??Bukan nak ulang cerita ke apa ke yer..huhu. Tapi ni tajuk lagu yang aku tengah addicted sekarang ni.! Asyik dok ulang lagu ni jer satu hari suntuk harini..hehe. Housemate aku pun dah naik menyampah dengar aku melalak melolong lagu ni agaknyer! hahahaha. ;p

Natasha Bedingfield ft. Bruno Mars

Mula-mula aku tau pasal lagu ni lepas aku baca entry kat blog Cik Shazwani  ni..huhu. Aku pun tryla dengar and first time aku dengar terus je aku jatuh cinta ngan lagu ni..memang bestla! Terima kasih Cik Shazwani yer..hehe. ;p Lagu ni lagu Natasha Bedingfield ft. Bruno Mars. Cubala korang layan tengok lagu ni kat youtube ni. Aku dah memang jatuh cinta ngan lagu ni...muahahahaha. ;p

Makna dia sangat mendalam bagi aku..chewah jiwang plak tibe-tibe aku ni! huhu. Apepun enjoy the song ok!

Some of the lyric..^_^


That's it for this entry. Enjoy reading guys! =)

Love u,





Thursday, January 13, 2011

Oh! Gembiranya Aku..lalalala



Holla guys! Selamat tengah hari! hehe. Dah makan??Aku baru je lepas makan tadi..dah kenyang giler dah ni..hehe. Ha, hari ni aku teramatla happy. Nak tau kenapa?? Sebabnya aku dah dapat ramai kawan baru kat blog ni..Wah sukanye aku! muahahahaha. ;p Rasa seronok bila dapat baca blog-blog kawan-kawan baru aku ni..hehe. Macam-macam kisah ader..Bak kata pakcik astro tu "Macam-macam Ada!" hehe.

Semalam baru je aku dok membebel sebab tak ramai kawan akibat kebebalan tahap melampau aku terhadap teknologi..hehe. So, lepas aku dah pergi blog walking sana-sini aku dapat banyak tips-tips untuk tingkatkan traffic blog aku ni..Terima kasihla kepada blog Cik Nisa kiter ni http://nisafadzil.blogspot.com/ yang banyak membantu aku. Trimas kawan! hehe. ^_^


Walaubagaimanapun, aku ni masih lagi terlalu baru dalam dunia blogging ni..So masih banyak benda yang aku kena pelajari lagi..Aku harap korang pun sudi-sudila datang melawat blog aku, kongsikan tips, komen-mengomen and marila kite follow memfollow beramai-ramai. hehe. ;p Tapi part yang paling penting bagi aku harini adalah aku dapat ramai kenalan baru.. Oh gembiranya aku..(touching plak tengah-tengah hari ni..hehe). Terima kasih semua yang sudi ke blog aku. =)



So, that's it for this entry. Happy..oh happy..oh happy..

See ya! XOXO ^_^

*All pictures credit to Google.com




Aku Blogger Baru


Holla guys! Saje nak tulis malam ni..(eh dah pukul 1 lebih..dah pagi la ni..hehe). Bukan ape aku sejak akhir-akhir ni asyik terpikir macam mana nak bagi blog aku ni interesting sikit..Tujuan asal aku buat blog ni untuk tulis pasal diri aku and pape je yang berlaku dalam hidup aku la..tapi bila dah lama-lama aku rasa boring plak tulis sorang-sorang tapi takde yang komen..hehe. Bukan gile publisiti tapi nak gak dengar komen daripada pembaca lain tentang ape yang aku tulis tapi aku ni lembap and lampi sikit hal-hal blogging ni.. Serious! Mungkin sebab tu la jugak traffic blog aku tak ramai..

Untuk aku kah??hehe ;p

Korang ade tak tips-tips untuk bagi blog aku bertambah menarik and disukai ramai??Aku dah buat banyak blog walking and adela gak dapat idea-idea yang bernas tapi nak implement kan tips-tips tu yang kadang-kadang jadi masalah bagi aku..haish. Teruk gile aku ngan teknologi ni. Tak pandai..tolong..tolong..hehe. ;p

Tapi takpela aku akan cuba blog walking lagi dan cuba tips-tips yang diberi sampai menjadi! (wah, jadi ke??) ;p

Tu jela kot nak tulis..hehe. Selamat malam semua! ZzZzZzZz

See ya! XOXO ^_^

Tuesday, January 11, 2011

Assignment oh Assignment!



Holla guys! Harini aku pergi kelas tadi aku rasa cam dah blur-blur je dok dalam kelas tu..huhu. Bukan ape sebelum ni kan aku pergi praktikal satu sem so aku dah lama la tak buat assignment ni..otak aku cam dah berkarat la plak bila pikir pasal assignment..hehe. ;p 

Baru masuk minggu kedua aku dah ade banyak keje nak kena buat. Aku punyala bajet nak relax-relax and enjoy je time final sem ni..tapi nampak gaya nye tinggal harapan jela angan-angan aku tu..Nak tau kenapa?? Sem ni assignment aku banyak libatkan projek daripada bertulis. Assignment bertulis pun ade gak tapi tak banyak lagi buat masa sekarang ni..Bagus gak tu sebenarnya sebab aku memang rasa otak aku cam dah berkarat untuk menulis..hehe. Tapi yang tak syoknye aku ade bukan 1 tapi 3 projek besar yang perlu dibuat sem ni..hmm. Serabut gak bila pikir. Tak tau nak mula macam mana..haish.



Antara projek-projek yang perlu aku buat sem ni adalah projek moral, projek TESL and projek sosiologi. Untuk projek moral aku bersama kumpulan aku perlu buat social service kat mana-mana organisasi kebajikan. Projek TESL plak perlu pikirkan aktiviti ape nak buat untuk orang asli kat Pahang sebab kitorang akan ke Pahang nanti kalau tak silap akula. Projek sosiologi plak kena organised something useful untuk budak sekolah..hmm. Banyak sungguh nak kena pikir..Pening kepala aku.

Nampak macam senang je kan?? Tapi banyak kerja owh nak kena buat..Takpela aku anggap benda ni sebagai latihan untuk aku tajamkan communication skill aku dengan pihak lain yang terlibat bila nak handle setiap projek ni..Bagus jugak kan??hee..^_^

Tapi kan dalam 2 minggu kuliah aku start ni aku rasa semua kuliah aku membosankan..Tak taula..Aku rasa mengantuk je dalam kelas (maybe sebab kelas aku pagi kot! hehe. ;p) Mungkin jugak aku boring dengar lecturer aku bagi lecture kot..dull je kelas aku..dahla pagi..adoiii sabo jela..hmm. Eh, tapi korang janganla ikut perangai aku ni. Aku memang camni..cepat bosan! hehe. ;p



Apepun, aku mengharapkan final sem aku ni akan meninggalkan memori yang terindah dalam hidup aku sebagai seorang student..hehe. Aku jugak sangat berharap yang setiap projek aku akan berjalan dengan lancar..korang doa-doakanla yer! Amin..huhu. So, tu jela untuk entry kali ni. Selamat buat assignment kawan-kawan! hehe. ^_^

*All pictures credit to Google.com

See ya! XOXO  =)



Monday, January 10, 2011

Senamrobik!

Hahahahaha! Sebelum ape-ape mari kita gelak ramai-ramai dulu! Hahahahahaha! ;p Holla guys! Aku ni sekarang dalam tahun akhir aku kat UM so aku kenala amik satu subjek ko-k untuk grad kan. Dalam banyak-banyak pilihan yang ader tu aku and kawan-kawan aku leh pilih aerobik sebagai ko-k kitorang! Haha. Memang tak leh blah bagi aku pada awalnya. Maklumla aku ni gemoks so nak pergi bergendut-gendut kat kelas aerobik tu cam malu la plak aku kan..hehe. Tapi dipendekkan cerita aku dengan berat hatinye melangkahkan jugakla kaki aku kat kelas tu petang tadi.



Pukul 5 camtu datangla coach kitorang. Nama die Pn. Fuziah. Kecik and comel je orangnye.Dengar je suara die terus aku jadi cair! hehe. Lembut giler die cakap sopan santun je..Orangnya dalam 40-an kot tapi tak nampak tua..hehe. Baik giler die ajar, lemah lembut. Die tak paksa buat kalau tak mampu and die akan tunjuk sampai aku dapat step yang die ajar..Bagus betol! Mana nak dapat coach macam tu sekarang ni. 

So, kesimpulannya kat sini aku tak menyesal la ambik senamrobik ni jadi ko-k aku. Coach die baik. Kelas die fun and aku memang enjoy giler kot bila buat semua step yang die ajar..hehe. Walaupun adela satu dua step yang aku tak dapat ikut lagi tapi aku akan try sampai boleh nanti..hehe.Ambik kelas ni takdela aku rasa lemau je badan kan. At least ada gak aku bergerak aktif dalam seminggu walaupun sekali..hehe. ;p



So,itu jela yang aku nak share untuk entry kali ni. Oh, tak sabarnya aku nak tunggu kelas next week! haha.

See ya! XOXO..^_^

Thursday, December 9, 2010

Levi's Glasses

Holla guys! Few days ago I went to check my eyes power cause I always got headache recently..To my surprised, not that my power level has changed but I also got minor dazzlement..Hmm, I think this happened because before this I wore Korean contact lenses. I know that many people say its not good and I should go to an optometrist to get the real contact lenses but I refused. One day, I found my eyesight became more blurred than it should be and to make the matter worse, on the next day I read in the newspaper about the effects of wearing contact lenses from Korea. Oh my God! At that moment, I understand why my eyesight became blurred. So, starting from that moment I stop wearing Korean contact lenses. I think I should just wear my glasses. But when I wear my glasses I still don't have clear eyesight but I just ignore it till I cannot stand the headache anymore.

When I was checking my eyes I actually just wanted to change my lenses not my frame but what happened was I suddenly fell in love with one of the frame there. So, you know girls when they want something they want it right there and then. So,instead of changing my lenses I bought a new glasses for me!! yeay!! hehe..I'm so happy you know. Well, this new glasses is from Levi's. I love it because it looks classy and elegant and old school too..hahaha. It makes me look fresh! I like the color. It's like pearl silver color.





Cute isn't it?? hee ^_^

Ok thats it for this entry.hehe. I really love my new glasses. ^_^. One more thing, I won't wear Korean contact lenses anymore. For those who are using it PLEASE stop wearing it. Its really not good for your eyes. You can even be blind because of the contact lenses. Love your eyes and yourself. Beauty is nothing if you cannot see rite??Think about it..

So, see ya! XoXo.

Owh, btw this is ME wearing my new glasses! hee..^_^

                                          

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...