Aku sangat excited sejak dua tiga hari ni..Nak tau kenapa?? Sebab aku dah boleh ambil lesen memandu! Yeah aku tau mesti korang pelik kan umur dah tua tapi baru nak ambil lesen..hahaha. Korang tak tau betapa banyak kepayahan yang aku kena lalui untuk ambil lesen ni..Dulu lepas SPM aku dah ambil setakat ujian statik komputer tapi tiba-tiba pekerja tempat aku belajar memandu tu suruh aku stop sebab aku tak bagitau dorang awal-awal yang aku OKU. Menurut pekerja tu OKU kena lalui proses berbeza dari pelajar normal..Dorang bagitaula apa yang perlu aku buat untuk dapatkan lesen memandu kelas A khas untuk OKU.
Macam-macam proses yang aku kena buat untuk ambil lesen. Kadang-kadang aku rasa sistem sedia ada kita hanya menyusahkan dan merumitkan lagi urusan golongan OKU. Memang tak adil pun sebenarnya. Huh. Orang macam aku ni kira okla boleh bergerak pergi sana sini. Cuba bayangkan kalau orang-orang yang kena naik kerusi roda or bertongkat. Susah kan golongan ni nak ke sana sini semata-mata atas alasan prosedur. Selain itu, golongan OKU jugak kena banyak duit dari golongan normal. Tau kenapa? Sebab kesemua proses and prosedur nak ambil lesen ni makan duit yang banyak!
Ni prosedur yang perlu aku lalui untuk ambil lesen:
- Jumpa doctor untuk pengesahan layak memandu atau tak. (Appointment nak jumpa doctor saja ambil masa sampai 2 bulan! Haih.)
- Jumpa pegawai JPJ minta kebenaran nak ambil lesen memandu OKU.
- Kena bawa kereta sendiri sebab kereta automatik tak disediakan di tempat ambil lesen.
- Kena buat insurans asing khas untuk latihan dan ujian memandu. (Insurans ni mahal giler! 2 bulan punya insurans aku kena bayar RM508! )
- Lepas tu kena bawa insurans, geran kereta, surat kebenaran tuan punya kereta, surat memohon kebenaran JPJ nak ambil ujian lesen nanti pergi ke pusat latihan tu nanti.
- Bayar RM520 untuk lesen OKU. Baru boleh ambil lesen. Haih!
- Total RM1030 untuk ambil lesen memandu OKU. Mahal lagi dari lesen memandu orang normal. Itu tak termasuk duit minyak pergi sana sini untuk kesemua prosedur di atas.
- Sediakan duit minyak untuk latihan dan ujian memandu nanti sebab pakai kereta sendiri. Haih!
- Kesimpulannya, sediakan duit banyak-banyak yer wahai golongan OKU kalau rasa-rasa nak ambil lesen!
Dulu time lepas SPM aku tak sambung sebab masalah insurans. Mak aku tak pakai insurans Kurnia tapi hanya Kurnia Insurans yang boleh buat untuk latihan dan ujian memandu. So, aku terpaksa stop dulu daripada ambil lesen. Sekarang setelah 5 tahun berlalu dan aku pun dah habis belajar kat universiti, aku ada banyak masa terluang untuk ambil lesen. So, aku ulang balik proses yang aku dah lalui dulu dan alhamdulillah kali ini aku berjaya harungi semua masalah yang mendatang. Nasib baik mak aku banyak tolong dari segi kewangan. Terima kasih mama! =)
Mulai esok aku akan start pergi ke kelas memandu. Hahahaha! Dah tua bangka baru nak ambil lesen. Tapi takperla, yang penting aku happy dan excited sangat. Dah lama aku tunggu saat ni. =)
Apa yang aku harapkan adalah kerajaan dan pihak-pihak yang terlibat ubah prosedur untuk ambil lesen bagi OKU. Kesian golongan seperti kami ni. Kalau tak pun pusat latihan memandu sepatutnya ambil tanggunggjawab untuk menguruskan semua dokumen atau urusan yang diperlukan bagi pihak golongan OKU ni. At least kurangla beban OKU ni.
7 comments:
gud luck bby
Memg betul lah apa yg kau tulis..amatlah rumit utk oku dpatkan lesen memandu..itu dah terbuktilah sbb dah hampir setahun aku cuba..tak jugak dpt.
Jadi aku sekadar nak tanya, cemana kau boleh settlekan?pihak mana yg senang nak berurusan?kau ada apa2 nak advise x.
TqI
Fnd: Jujurnya xde cara yg senang. mmg itu je cara utk golongan cam kita nk dpt lesen.proses yg sama mcm aku tulis dlm blog. Cuma yg akan jadi masalah adalah insurans nanti. Kalau ko ade kereta sendiri sngla. Aku cadangkan ko tanya pihak insurans yg cover kereta ko samada dorang buat tak untuk cover time ambik lesen. Kalau tak ko try Kurnia insurans. All the best! :)
Omaimai
ble kakak bg detail cmne nk amek lesen keta nie???
sb sye p0n mcm kakak...cme sye ble gne tgn kiri jew...
@pakalolo: Sorry lambat reply komen. Akak agak bz lately.anyway,jgn sediy2..redha je ngn ketentuan Tuhan. First sekali adik kena pergi JPJ mintak borang untuk ambil lesen untuk OKU. Nanti JPJ akan bagi borang suruh adik pergi jumpa doktor terlebih dahulu. Doktor akan tentukan sama ada adik layak atau tidak untuk ambil lesen memandu. Good Luck! :)
salam.. saya pun golongan OKU jugak.. dah umur 21 dan sekarang study kat UPM.. saya dah mula berfikir sekarang yang saya perlu ada kereta sendiri jugak untuk keperluan masa depan.. tapi saya xtao cmne nak mulakan. na contact sape untuk dapatkan kereta dan modified? kalau akak dapat tolong saya tersangat la bagus.. sekarang pergerakan saya btol2 terhad ni.. hurmmm ni no tepon saya.. mana tao kita boleh bincang detail ke.. 0179056713.. tq :)
Post a Comment