Pages

Thursday, January 13, 2011

Aku Blogger Baru


Holla guys! Saje nak tulis malam ni..(eh dah pukul 1 lebih..dah pagi la ni..hehe). Bukan ape aku sejak akhir-akhir ni asyik terpikir macam mana nak bagi blog aku ni interesting sikit..Tujuan asal aku buat blog ni untuk tulis pasal diri aku and pape je yang berlaku dalam hidup aku la..tapi bila dah lama-lama aku rasa boring plak tulis sorang-sorang tapi takde yang komen..hehe. Bukan gile publisiti tapi nak gak dengar komen daripada pembaca lain tentang ape yang aku tulis tapi aku ni lembap and lampi sikit hal-hal blogging ni.. Serious! Mungkin sebab tu la jugak traffic blog aku tak ramai..

Untuk aku kah??hehe ;p

Korang ade tak tips-tips untuk bagi blog aku bertambah menarik and disukai ramai??Aku dah buat banyak blog walking and adela gak dapat idea-idea yang bernas tapi nak implement kan tips-tips tu yang kadang-kadang jadi masalah bagi aku..haish. Teruk gile aku ngan teknologi ni. Tak pandai..tolong..tolong..hehe. ;p

Tapi takpela aku akan cuba blog walking lagi dan cuba tips-tips yang diberi sampai menjadi! (wah, jadi ke??) ;p

Tu jela kot nak tulis..hehe. Selamat malam semua! ZzZzZzZz

See ya! XOXO ^_^

Tuesday, January 11, 2011

Assignment oh Assignment!



Holla guys! Harini aku pergi kelas tadi aku rasa cam dah blur-blur je dok dalam kelas tu..huhu. Bukan ape sebelum ni kan aku pergi praktikal satu sem so aku dah lama la tak buat assignment ni..otak aku cam dah berkarat la plak bila pikir pasal assignment..hehe. ;p 

Baru masuk minggu kedua aku dah ade banyak keje nak kena buat. Aku punyala bajet nak relax-relax and enjoy je time final sem ni..tapi nampak gaya nye tinggal harapan jela angan-angan aku tu..Nak tau kenapa?? Sem ni assignment aku banyak libatkan projek daripada bertulis. Assignment bertulis pun ade gak tapi tak banyak lagi buat masa sekarang ni..Bagus gak tu sebenarnya sebab aku memang rasa otak aku cam dah berkarat untuk menulis..hehe. Tapi yang tak syoknye aku ade bukan 1 tapi 3 projek besar yang perlu dibuat sem ni..hmm. Serabut gak bila pikir. Tak tau nak mula macam mana..haish.



Antara projek-projek yang perlu aku buat sem ni adalah projek moral, projek TESL and projek sosiologi. Untuk projek moral aku bersama kumpulan aku perlu buat social service kat mana-mana organisasi kebajikan. Projek TESL plak perlu pikirkan aktiviti ape nak buat untuk orang asli kat Pahang sebab kitorang akan ke Pahang nanti kalau tak silap akula. Projek sosiologi plak kena organised something useful untuk budak sekolah..hmm. Banyak sungguh nak kena pikir..Pening kepala aku.

Nampak macam senang je kan?? Tapi banyak kerja owh nak kena buat..Takpela aku anggap benda ni sebagai latihan untuk aku tajamkan communication skill aku dengan pihak lain yang terlibat bila nak handle setiap projek ni..Bagus jugak kan??hee..^_^

Tapi kan dalam 2 minggu kuliah aku start ni aku rasa semua kuliah aku membosankan..Tak taula..Aku rasa mengantuk je dalam kelas (maybe sebab kelas aku pagi kot! hehe. ;p) Mungkin jugak aku boring dengar lecturer aku bagi lecture kot..dull je kelas aku..dahla pagi..adoiii sabo jela..hmm. Eh, tapi korang janganla ikut perangai aku ni. Aku memang camni..cepat bosan! hehe. ;p



Apepun, aku mengharapkan final sem aku ni akan meninggalkan memori yang terindah dalam hidup aku sebagai seorang student..hehe. Aku jugak sangat berharap yang setiap projek aku akan berjalan dengan lancar..korang doa-doakanla yer! Amin..huhu. So, tu jela untuk entry kali ni. Selamat buat assignment kawan-kawan! hehe. ^_^

*All pictures credit to Google.com

See ya! XOXO  =)



Monday, January 10, 2011

Senamrobik!

Hahahahaha! Sebelum ape-ape mari kita gelak ramai-ramai dulu! Hahahahahaha! ;p Holla guys! Aku ni sekarang dalam tahun akhir aku kat UM so aku kenala amik satu subjek ko-k untuk grad kan. Dalam banyak-banyak pilihan yang ader tu aku and kawan-kawan aku leh pilih aerobik sebagai ko-k kitorang! Haha. Memang tak leh blah bagi aku pada awalnya. Maklumla aku ni gemoks so nak pergi bergendut-gendut kat kelas aerobik tu cam malu la plak aku kan..hehe. Tapi dipendekkan cerita aku dengan berat hatinye melangkahkan jugakla kaki aku kat kelas tu petang tadi.



Pukul 5 camtu datangla coach kitorang. Nama die Pn. Fuziah. Kecik and comel je orangnye.Dengar je suara die terus aku jadi cair! hehe. Lembut giler die cakap sopan santun je..Orangnya dalam 40-an kot tapi tak nampak tua..hehe. Baik giler die ajar, lemah lembut. Die tak paksa buat kalau tak mampu and die akan tunjuk sampai aku dapat step yang die ajar..Bagus betol! Mana nak dapat coach macam tu sekarang ni. 

So, kesimpulannya kat sini aku tak menyesal la ambik senamrobik ni jadi ko-k aku. Coach die baik. Kelas die fun and aku memang enjoy giler kot bila buat semua step yang die ajar..hehe. Walaupun adela satu dua step yang aku tak dapat ikut lagi tapi aku akan try sampai boleh nanti..hehe.Ambik kelas ni takdela aku rasa lemau je badan kan. At least ada gak aku bergerak aktif dalam seminggu walaupun sekali..hehe. ;p



So,itu jela yang aku nak share untuk entry kali ni. Oh, tak sabarnya aku nak tunggu kelas next week! haha.

See ya! XOXO..^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...