Pages

Monday, January 10, 2011

AJL 25


Holla guys! Ok2 aku tau cam dah agak lambat cikit aku nak tulis pasal AJL 25 ni tapi tak kisahla..aku nak tulis jugak! huhu. Bukan ape semalam aku tengokla siaran langsung AJL 25 ni kat TV 3 dengan harapan artis-artis pilihan aku menang. Tapi malangnya hanya 2 je ramalan aku yang betol..Oh tidak! Frust menonggeng kot aku! (chewah macamla aku yang bertanding! hehe). 

Macam yang korang semua tau Juara AJL 25 adalah Ana Raffali..adoi aku memang tak setuju giler kot..Dah aku memang tak minat die kan..huhu. Tapi jangan marah kat aku plak. Ini blog aku punya so aku hanya menyuarakan pendapat aku je walaupun aku kurang pengetahuan pun pasal muzik ni..tapi nak cakap jugak tak puas hati!! hehe.



Aku bajet Faizal Tahir boleh jadi juara semalam tapi menang persembahan terbaik je..adoi kecewa gila aku! Aku bukanla minat sangat pun kat dia tapi aku rasa performance dia bagus..tak taula kan korang setuju ke tak. Tapi nasib baik ramalan aku yang Drama King dapat naib juara betul! hehe. Terbaiklah! hehe. ;p





Satu lagi si Hafiz dapat vokal terbaik and nombor 3 pun aku tak puas hati gak..bukan best pun suara die..Adoi kecewa sungguh aku rasa ngan keputusan AJL 25 semalam..hmm.Rasa cam tak berbaloi plak aku menghadap tv tu berjam-jam..ish2. Tak baik sungguh aku ni. Kutuk je pandai..hehe. Jangan marah yer.. ;p

Tapi apepun aku ucapkan tahniah la kepada semua yang berjaya. Dah rezeki masing-masing kan nak buat macam mana.huhu. Aku rasa mungkin pihak juri nak mencari kelainan kot dari artis-artis yang sedia ada sebeb tu Ana Raffali boleh menang semalam. Maklumla dia selain penyanyi dia jugak komposer and penulis lirik lagu Tolong Ingatkan Aku tu..Talented la maknanya tu kan?? Lagipun lagu die macam puitis sikit ala-ala sastera gitu. Mungkin itu yang dicari oleh ketua juri kita M. Nasir yang sememangnya bahasa sastera dia jelas ketara dalam setiap lagu-lagu dia. Betol tak kawan-kawan??hehe. ^_^




So, itu aje untuk entry kali ini. Enjoy reading peeps! Love u all! 

See ya! XoXo. ^_^

Saturday, January 8, 2011

San Francisco Coffee

Holla guys!! Ha, harini aku nak cerita pasal coffee pulak. Aku ni bukanla peminat coffee sangat. Sesungguhnya aku memang kurang minat apa saja yang ada caffeine..huhu. Tapi berbeza ceritanya dengan San Francisco Coffee (SFC) ni. Aku memang ala-ala addicted gitu dengan coffee die..tak taula nape..hehe. Pelik pun ada. Selalu kalau aku minum benda yang ada caffeine ni aku mesti rasa sakit ulu hati sebab angin. Tapi minum coffee dari tempat ni tak pulak jadi camtu. So, aku sangat suka dengan San Francisco Coffee! ;p

Aku kan student UM so, tempat paling senang aku nak cari San Francisco Coffee ni dekat Mid Valleyla! hehe. Mid tu dah jadi cam rumah kedua aku plak..hehe. Aku sangat-sangat suka pergi Mid walaupun takde tujuan nak shopping pun. Gile tak??hahaha. ;p Kalau korang ajak aku pi Mid tiap-tiap hari pun tak pe. hahahaha.Eh, dah melalut plak aku ni..huhu. Maklumla aku memang suke bercakap. heee. ^_*


SFC dekat Mid

Pelbagai pilihan coffee

Ok, back to the story. Kalau pergi dekat Mid korang akan nampak SFC ni dekat sebelah KFC. Kecik and comel je kedai die.hehe. Ada banyak pilihan coffee yang korang boleh pilih. Lagipun dekat SFC Mid ni ada promotion buy 1 free 1 coffee. Tapi untuk perisa mocha and latte jela. Yang lain macam biasala. Tu yang best sebab kebetulan aku memang peminat setia latte dari dulu lagi.hehe. Untung kat aku la..hahahaha. ;p Selain latte aku suka gak chocolate drink die. Sedap! Dua-dua minuman ni memang favourite aku la kalau pegi SFC. Puas bila dapat minum. Creamy and milky giler..hahahaha. ;p

Latte

So, kepada korang yang berada berdekatan dengan Mid  atau tempat-tempat lain yang ada SFC ni pergila try coffee die. Dijamin takkan mengecewakan! So, that's it for this entry and selamat mencuba! =)


*All pictures credit to Google.com

So, see ya! XOXO. ^_^

Wednesday, January 5, 2011

Mee Hailam

Mai makan, mai makan! hehe. Ha, kali ni entry aku pasal makan and makanan pulak..Aku ni memang suka makan..hehe.Tengok badanla kan..ehem,ehem..;p Topik kali ni mee hailam. Cerita nye macam ni. Semalam aku call mak aku saja la sembang-sembang tanya khabar kan tup tup mak aku cakap dia masak mee hailam plak semalam..Aku pun apa lagi kecur air liar terus dibuatnya!! Favourite tuh!! hehe. So, aku pn pikir punya pikir last sekali aku decide nak masak sendiri je..nak makan kat kedai pun almaklumla musim poket kering..huhuhu.

So, pagi tadi lepas habis kelas je yang sebenarnya bukan ade kelas pun cause lecturer tak ada. Tak pasal-pasal mengharungi jam pagi-pagi buta semata-mata untuk sign attendance je..adoiyai..ish2. Lebih kurang 5 minit jela aku pi UM tu. Rumah aku kat Cheras..haish. Paham-paham jela kan KL ni pagi jam nye tak usah cerita la kan..huhu. Eh, dah membebel lak aku ni. huhu. Sorry ye..ok back to the story. Lepas balik dari UM kitorang (house mates) singgahla kat pasaraya kat rumah tu beli barang nak masak mee hailam ni la.

Antara barang-barang yang diperlukan adalah seperti: (chewah macam chef la plak)!!















* All pictures credit to Google.com
  1. Bawang merah/putih
  2. Halia
  3. Kicap manis/masin
  4. Sos tiram
  5. Sos cili 
  6. Sos tomato
  7. Carrot/Sawi
  8. Garam
  9. Gula
  10. Ayam/daging/bebola ikan/udang
Ha, itula dia barang-barang nak buat mee hailam ni. Ni cara orang bujang buat la..hehe.So, kepada mereka-mereka yang bujang bolehla try masak sendiri kan. Bukan susah pun. Orang tak bujang pun boleh try. Tak ade pantang larang punya..hehe.

Dah siap masak, inilah hasilnya. Maaflah kalau nampak tak cantik. Rumah bujang masak. Paham-paham la kan..huhu. ;p

Ini kuah mee hailam

Kitorang tak nak makan sayur so beli carrot jela..Korang boleh tambah sendiri sayur lain dalam tu ok?? ;p


Isi ayam yang dah direbus dan dihiris halus


Mee kuning


Mee hailam bujang..hee ^_^

Ape lagi, campurkan semua dalam pinggan dan makan!!! hehe. So, thats it for this entry. Selamat menjamu selera. hehe.

So,see ya! XoXo ^_^










LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...