Pages

Thursday, June 30, 2011

Alhamdulillah :)

Alhamdulillah aku dah settle dgn semua proses nak ambil lesen aku. Sekarang aku cuma tunggu masa untuk test JPJ je bulan 7 nanti. Aku sangat gembira. Syukur alhamdulillah! :)

Oh, hari ni aku demam pulak..sakit dah hidung aku dok bersin satu hari..adoii..

Okla nanti aku update lagi blog ni yer..sekarang ni aku just dok rumah tak buat pape so tak banyak benda aku nk share dengan korang. So take care peeps! :)


Saturday, June 4, 2011

Excited!



Aku sangat excited sejak dua tiga hari ni..Nak tau kenapa?? Sebab aku dah boleh ambil lesen memandu! Yeah aku tau mesti korang pelik kan umur dah tua tapi baru nak ambil lesen..hahaha. Korang tak tau betapa banyak kepayahan yang aku kena lalui untuk ambil lesen ni..Dulu lepas SPM aku dah ambil setakat ujian statik komputer tapi tiba-tiba pekerja tempat aku belajar memandu tu suruh aku stop sebab aku tak bagitau dorang awal-awal yang aku OKU. Menurut pekerja tu OKU kena lalui proses berbeza dari pelajar normal..Dorang bagitaula apa yang perlu aku buat untuk dapatkan lesen memandu kelas A khas untuk OKU.

Macam-macam proses yang aku kena buat untuk ambil lesen. Kadang-kadang aku rasa sistem sedia ada kita hanya menyusahkan dan merumitkan lagi urusan golongan OKU. Memang tak adil pun sebenarnya. Huh. Orang macam aku ni kira okla boleh bergerak pergi sana sini. Cuba bayangkan kalau orang-orang yang kena naik kerusi roda or bertongkat. Susah kan golongan ni nak ke sana sini semata-mata atas alasan prosedur. Selain itu, golongan OKU jugak kena banyak duit dari golongan normal. Tau kenapa? Sebab kesemua proses and prosedur nak ambil lesen ni makan duit yang banyak! 

Ni prosedur yang perlu aku lalui untuk ambil lesen:

  1. Jumpa doctor untuk pengesahan layak memandu atau tak. (Appointment nak jumpa doctor saja ambil masa sampai 2 bulan! Haih.)
  2. Jumpa pegawai JPJ minta kebenaran nak ambil lesen memandu OKU.
  3. Kena bawa kereta sendiri sebab kereta automatik tak disediakan di tempat ambil lesen.
  4. Kena buat insurans asing khas untuk latihan dan ujian memandu. (Insurans ni mahal giler! 2 bulan punya insurans aku kena bayar RM508! )
  5. Lepas tu kena bawa insurans, geran kereta, surat kebenaran tuan punya kereta, surat memohon kebenaran JPJ nak ambil ujian lesen nanti pergi ke pusat latihan tu nanti.
  6. Bayar RM520 untuk lesen OKU. Baru boleh ambil lesen. Haih!
  7. Total RM1030 untuk ambil lesen memandu OKU. Mahal lagi dari lesen memandu orang normal. Itu tak termasuk duit minyak pergi sana sini untuk kesemua prosedur di atas.
  8. Sediakan duit minyak untuk latihan dan ujian memandu nanti sebab pakai kereta sendiri. Haih!
  9. Kesimpulannya, sediakan duit banyak-banyak yer wahai golongan OKU kalau rasa-rasa nak ambil lesen!
Dulu time lepas SPM aku tak sambung sebab masalah insurans. Mak aku tak pakai insurans Kurnia tapi hanya Kurnia Insurans yang boleh buat untuk latihan dan ujian memandu. So, aku terpaksa stop dulu daripada ambil lesen. Sekarang setelah 5 tahun berlalu dan aku pun dah habis belajar kat universiti, aku ada banyak masa terluang untuk ambil lesen. So, aku ulang balik proses yang aku dah lalui dulu dan alhamdulillah kali ini aku berjaya harungi semua masalah yang mendatang. Nasib baik mak aku banyak tolong dari segi kewangan. Terima kasih mama! =)

Mulai esok aku akan start pergi ke kelas memandu. Hahahaha! Dah tua bangka baru nak ambil lesen. Tapi takperla, yang penting aku happy dan excited sangat. Dah lama aku tunggu saat ni. =)

Apa yang aku harapkan adalah kerajaan dan pihak-pihak yang terlibat ubah prosedur untuk ambil lesen bagi OKU. Kesian golongan seperti kami ni. Kalau tak pun pusat latihan memandu sepatutnya ambil tanggunggjawab untuk menguruskan semua dokumen atau urusan yang diperlukan bagi pihak golongan OKU ni. At least kurangla beban OKU ni. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...