Pages

Monday, February 7, 2011

Pengalamanku 12 Jam Dalam Bas!!


Holla guys! Ha, harini aku nak cerita pasal pengalaman aku naik bas sampai 12 jam! Hanya Tuhan je yang tau betapa seksanya jiwa dan raga aku! Adehh.. Perjalanan aku dari Alor Setar ke Bukit Jalil selalunya ambil masa dalam 6 jam je. Tapi semalam mentang-mentangla cuti Tahun Baru Cina dah habis jalan jadi jam yang teramat-amat! Geram aku dibuatnya. Bayangkan aku naik bas pukul 2.30 petang aku sampai KL pukul 3 pagi! Gila babas betol!

Aku start sangkut dalam jam dari  Butterworth sampaila Sungai Perak. Ni kira jam paling terukla. Nak lepas 1km pun terkemut-kemut. Lambat nak mampos! Macam semut! Grrr..Lepas dari Sungai Perak jalan kembali ok tak jam teruk tapi driver bas aku pulak bawa bas macam nak pi makan angin! Geram gila aku! Ni kat bawah ni aku nak cerita sikit beberapa pengalaman aku akibat naik bas sampai 12 jam.

Pengalaman Aku!
  •  Kepala aku pening gila sebab last aku makan pukul 1.30 tengah hari. Tapi bas berhenti pukul 10 malam. Korang boleh bayang tak betapa aku kelaparan?? Dah tentu la perut aku naik meloya and pening dah lapar sangat!
  • Bas berhenti kat Petronas Simpang Pulai pukul 10 malam. Akibat kepala aku yang pening aku jalan pun terhuyung-hayang nak pi kedai Mesra kat Petronas tu. Yang bestnya aku nampak semua benda kecik besar kecik besar! Macam aku dok main-main dengan kanta pembesar woo! hahaha. Tapi serius aku tak tipu. Pening yang teramat-amat. Nasib tak muntah je. Punyala lama aku dok berdiri kat depan pintu kedai tu nak bagi stabil balik kepala aku. Orang sampai pelik tengok aku! Wahahaha. ;p
  • Dah makan waffle ngan air milo aku rasa ok cikit. Takla berat sangat kepala aku.Tapi bila dalam perjalanan kaki aku pulak naik kebas sebab terlalu lama bengkok tak boleh nak lurus kan kaki! Lutut aku sakit gila. Bila aku berdiri rasa cam tak pijak tanah woo.
  • Dipendekkan cerita bila sampai kat Hentian Duta aku kena turun tukar naik bas lain untuk pi Bukit Jalil. Hampeh betoi. Time tu dah pukul 2 pagi kot! Sia-sia ja aku bayar tiket mahal-mahal. Time nak turun dari bas tu la aku jatuh tangga! Bedebuk cam nangka busuk ja bunyinya..Bapakla sakit kan bontot ngan kaki aku! Cilaka betoi! Yela dah kaki aku krem pijak lantai pun tak rasa apa lagi pijak tangga. Memang jatuh la sebab tak balance..Apa la malang nasib aku semalam...haish.


  • Sampai Bukit Jalil pukul 3 pagi. Nasib baikla Mr. M aku ada datang ambik aku. Kalau tak haru gak aku nak naik teksi. Ntah berapa juta dia nak cekik aku nanti! huhu. ;p Terima kasih banyak-banyak aku ucapkan kepada Mr. M aku yang sanggup berjaga malam tunggu aku and ambik aku kat Bukit Jalil. I love u so much my darling! Muahxx. ^_^

    Ha, itu jerla pengalaman yang aku lalui semalam. Penat dan letih tak payah cakapla. Teramat-amat sangat letih. Bontot aku sampai harini sakit. Lebam. Nak tido pun susah..uwaaa. =_=
    Okla kawan-kawan itu jer aku nak cerita. Nak rehat jap. Petang ni ada kelas aerobik plak. Bertambah sakitla bontot aku..Adehh. 

    Love,

    2 comments:

    Encik Luncai said...

    kesiannye..kawan luncai semalam mengadap jem dekat tol bentong..arini sampai amek mc..hehe

    Bella said...

    yeke??hehe. takperla mmg pnt pun dok dlm bas lama2. letih giler. =)

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...